Land Cruiser Prado baharu itu dijangka akan berkongsi platform body-on-frame Lexus GX yang baharu sahaja dilancarkan, dan menggugurkan akhiran "Prado" menjadi Land Cruiser sahaja.

Dalam perkembangan terbaharu, laman web automotif Australia Drive melaporkan Land Cruiser Prado baharu itu akan membawakan tema retro yang diinspirasikan daripada model-model klasik Land Cruiser.
Antara rekaan unik yang bakal dibawakan ialah rekaan lampu utama berbentuk bulat mengambil ilham daripada Land Cruiser 40 Series (FJ40).
Sayang sekali, penampilan istimewa tersebut hanya dikhususkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja, sementara Prado pasaran lain akan membawakan reka bentuk yang berbeza.

Sumber Toyota turut memberitahu Drive, model Prado spesifikasi Amerika Syarikat itu akan diklasifikasikan sebagai off-roader yang lebih hardcore, dan bakal dijual dalam unit yang terhad, tidak seperti jentera mewah Land Cruiser 200 Series dan 300 Series.
Spesifikasi trenkuasa Land Cruiser Prado juga masih lagi tidak diketahui, namun menurut sumber model tersebut akan tersedia dengan enjin hibrid 2.4 liter turbo T24A-FTS yang disumberkan daripada Lexus GX.
Sumber: Drive AU