Toyota USA siar gambar acah Land Cruiser 2025 bersama FJ40

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, plet nama Land Cruiser akan kembali memeriahkan pasaran SUV off-road Amerika Syarikat.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia bukanlah Land Cruiser 300 Series seperti yang dijual dipasaran global lain, akan tetapi Land Cruiser Prado yang berkongsi asas dengan SUV saiz pertengahan Lexus GX 2024.
 

LC


Berdasarkan imej bayangan yang dibekalkan, Land Cruiser baharu ini mengekalkan bentuk kotak seperti Lexus GX, diikuti dengan elemen spesifik seperti rekaan bampar depan terpisah, ketiadaan spoiler bumbung, serta unit lampu belakang yang berpetak.

Untuk pasaran US, Land Cruiser baharu ini dijangka akan mengugurkan nama 'Prado' selain membawakan tema retro moden yang berbeza berbanding nama penuh Land Cruiser Prado yang digunakan untuk pasaran lain seperti Eropah.

Tidak dapati dipastikan tarikh sebenar pelancaran Land Cruiser baharu ini, namun dalam siaran media Toyota ada menyebut sejarah off-road 65 tahun sejak pengenalan model FJ40 pada tahun 1960.

 


Ini memberikan petanda Land Cruiser baharu ini akan muncul sebagai model tahun 2025, berkemungkinan besar dilancarkan secara rasmi pada tahun hadapan.

Bulan lepas, Toyota menerusi divisyen mewah mereka Lexus telah melancarkan SUV off-road Lexus GX, di mana ia turut berkongsi platform ladder frame TNGA-F dengan abang besarnya Lexus LX (dan Land Cruiser 300 Series).

Baca: Spesifikasi Lexus GX 2024