Skoda daftar paten kancing tali pinggang keledar berlampu pertama di dunia!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang kita semua maklum, Volvo merupakan syarikat pencetus kepada ciptaan tali pinggang keledar standard yang kita gunakan sehingga ke hari ini, namun Skoda nampaknya telah mendaftarkan paten pertama di dunia berkaitan ciptaan keselamatan tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Paten yang didaftarkan Skoda ini bukanlah bertujuan untuk menggantikan peranan tali pinggang keledar, sebaliknya ia mengintegrasikan sistem untuk mengingatkan penumpang supaya memakai tali pinggang keledar sebelum memulakan perjalanan.

Ciptaan yang dimaksudkan adalah buckle (kancing) tali pinggang keledar yang beriluminasi dengan tiga warna yang berbeza bergantung kepada situasi semasa.

Gugusan LED akan dipasang pada komponen tersebut akan memaparkan warna putih untuk memberitahu lokasi sebenar kancing tali pinggang keledar.

Apabila seseorang duduk di tempat berkenaan, penderia yang terpasang akan mengesan kehadiran manusia dan lampu tersebut akan bertukar menjadi warna merah, di mana ia akan bertukar menjadi warna hijau selepas tali pinggang terpasang dengan baik.

Lampu hijau tersebut akan kembali bertukar kepada warna putih bagi mengelakkan gangguan cahaya kepada pemandu.

Menurut Skoda, sistem kancing bercahaya itu amat berguna terutama bagi golongan ibu bapa, di mana lampu LED yang terang itu mampu memberikan petunjuk sekiranya kanak-kanak menggunakan tali pinggang keledar dengan baik.

Sistem ini juga boleh diprogramkan menerusi menu yang terdapat di dalam skrin infotainmen kenderaan membolehkan ia memaparkan lampu beranimasi supaya ia lebih jelas dilihat terutama ketika waktu malam.

Berita Berkenaan

Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…
Berita Global
  Škoda Auto menyasarkan untuk mempunyai 30 pengedar dan potensi jualan tahunan lebih 40,000 unit…
Berita Global
  Kepercayaan itu bukan baharu dan Škoda telah membangunkan enjin MPI untuk siri tersebut dan…