Lamborghini Sian - supercar hibrid pertama, paling berkuasa dari Sant'Agata, 808 hp!

oleh Mohamad Hanif|
'Sian' jika dirujuk kepada dialek warga Bologna membawa maksud kilat atau petir, dan ada sebab kenapa supercar terbaharu dari Lamborghini dinamakan sebagai Sian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bukan kami mahu kasihankan Lamborghini atas pemilihan nama itu, akan tetapi ia membawa petanda bahawa model terkini dari Lamborghini itu merupakan supercar produksi hibrid elektrik pertama serta arah tuju syarikat pengeluar dari Itali itu pada masa akan datang. 

 


Lamborghini Sian dibangunkan berdasarkan platform Aventador dan hadir dengan penawaran enjin aspirasi natural 6.5 liter dengan gandingan sistem mild-hybrid yang membawakan kuasa keseluruhan 808 hp!

Sistem mild-hybrid berkuasa 48 voltan ini membolehkan motor elektrik (34 hp) yang dipasang pada kotak gear bagi menghasilkan respons yang lebih cepat dan prestasi yang memberangsangkan. 
 


Motor elektrik ini juga boleh digunakan bagi tujuan pemanduan kelajuan rendah, terutama ketika mengundur dan memasuki kawasan parkir dengan hanya menggunakan tenaga elektrik semata-mata. 

Tidak seperti supercar hibrid yang menggunakan pek bateri bagi menyimpan sumber tenaga, Lamborghini Sian menggunakan superkapasitor yang mana ia menghasilkan tiga kali lebih kuasa dan lebih ringan berbanding bateri lithium-ion.

Bagi memastikan pengagihan berat badan yang optimum, superkapasitor ini diposisikan di antara kabin dan juga ruang enjin. 
 


Sistem brek regeneratif yang dibangunkan secara in-house oleh Lamborghini turut menggunakan kelebihan yang ada pada superkapasitor, di mana tenaga yang terhasil mudah untuk disimpan atau digunakan secara terus untuk tujuan pecutan. 

Kembali semula kepada nadi V12 itu tadi, ia turut menerima talaan seperti penggunaan injap kemasukan baharu yang diperbuat daripada titanium dan mampu menjana 774 kuasa kuda. 

Dengan bantuan sistem mild-hybrid itu tadi, output gandingan dicatatkan pada angka 808 hp dan mampu memberikan pecutan sepantas 2.8 saat (0-100 km/j) dengan kelajuan tertinggi 350 km/j. 
 


Lamborghini hanya menghasilkan sebanyak 63 unit Sian sebagai tanda ulang tahun yang ke-63 syarikat pengeluar supercar itu. 

Berita kurang baiknya, dengan harga yang masih tidak diketahui, kesemua 63 unit Lamborghini Sian telah pun habis terjual!

Berita Berkenaan

Berita Global
Versi Coupe yang dilancarkan terlebih dahulu hanya dihasilkan dalam 63 unit sahaja, manakala versi…
Berita Global
Kehadiran "V12" pada nama model ini memberikan bayangan supercar ini akan dilengkapi dengan nadi…
Gaya Hidup
LEGO Technic Lamborghini Sian FKP 37 telah pun diperlihatkan buat kali pertama pada Frankfurt Auto…