Lamborghini jual lilin wangi, harga dari RM239 sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, selain daripada menjual produk supercar yang pantas, Lamborghini ada menjual produk sampingan yang sama sekali tidak berkaitan dengan industri automotif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi kerjasama dengan syarikat pakar wangi-wangian Culti Milano, Lamborghini melancarkan produk terbaharu berbentuk lilin beraroma untuk direbut.

Sebelum ini, pihak Lamborghini telah bekerjasama dengan syarikat yang sama untuk menghasilkan diffuser khusus untuk kegunaan bilik (ini bukan diffuser pada bampar kereta ya!).
 

Lamborghini


Lilin wangi ini didatangkan dalam kemasan matte pearlescent, menampilkan penjenamaan Lamborghini serta Culti Milano, dengan logo yang menggunakan warna Bronzo Zenas - warna yang sama ditawarkan pada model Aventador SVJ Roadster sebelum ini.

Menurut Culti Milano, lilin ini menggandingkan aroma pembukaan citrus daripada buah anggur dan oren, diikuti aroma vetiver dan bergamot, sebelum diakhiri dengan bauan cedar dan sandalwood.
 

lilin


Lilin ini boleh didapati menerusi kedai dalam talian Culti Milano, namun pelanggan juga boleh mendapatkan produk ini menerusi kedai mercu Lamborghini di Sant'Agata Bolognese, serta kedai-kedai fizikal Culti House yang terletak di Milan, Turin, Rome, Forte dei Marmi, Naples dan juga Bari.

Harga jualan untuk lilin wangi Lamborghini ini bermula sekitar 50 euro (RM239) sahaja.

Berita Berkenaan

Uncategorized
  Berapa kuasa? 620 ps dam 800Nm. Rendah daripada Urus S dan urus Performante namun tinggi jika…
Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…