Lamborghini hadiahkan Aventador S Roadster kepada pasangan anak beranak kreatif

oleh Mohamad Hanif|
Awal tahun lalu, kita telah didengarkan dengan kisah seorang bapa Sterling Backus dan anaknya Xander yang telah mencetak sebuah Lamborghini Aventador SV menggunakan pencetak tiga dimensi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model replika tersebut bukan sahaja menyamai saiz Aventador sebenar, malah ia juga boleh dipandu di atas jalan raya. 
 


Melihatkan kepada kesungguhan dan tahap kreativiti pasangan anak beranak tersebut, dan bersempena dengan sambutan Krismas tahun ini, Lamborghini dengan murah hatinya menghadiahkan sebuah Lamborghini Aventador sebagai tanda menghargai usaha yang telah dilakukan. 

Pada awalnya, syarikat supercar Itali tersebut menghubungi Sterling Backus dan menawarkan satu peluang yang sukar untuk ditolak.
 


Demi memberikan kejutan kepada anaknya, pasukan Lamborghini sanggup turun sendiri ke rumah Sterling dan 'menggantikan' model replika tersebut dengan sebuah Aventador S Roadster di dalam garaj keluarga beberapa hari sebelum Hari Krismas. 

Jentera tersebut secara teknikal bukanlah sebuah hadiah sebenar, akan tetapi Lamborghini sanggup meminjamkan Aventador hitam tersebut selama dua minggu demi meraikan pasangan anak beranak terbabit. 
 


Dalam satu kenyataan, Katia Bassi selaku Ketua Unit Pemasaran dan Perhubungan Automobili Lamborghini berkata, "Kami di Lamborghini tidak menyokong sebarang usaha menciplak mana-mana model kenderaan kami.

"Akan tetapi, melihatkan kepada usaha dan semangat yang ditunjukkan oleh pasangan anak beranak ini, ia menjadi sebab utama kenapa kami memilih mereka untuk diperlihatkan dalam video Krismas 2019 tahun ini. 


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
PDRM dalam satu poster disiarkan di media sosial rasmi memaklumkan, bayaran boleh dibuat di Dataran…
Berita Domestik
Program tersebut turut dihadiri oleh Datuk Nicol David selaku duta jenama Mercedes-Benz Malaysia,…