Christmas in a Shoebox - Mercedes-Benz rai 40 kanak-kanak Yayasan Sunbeams Homes

oleh Mohamad Hanif|
Untuk tahun kesepuluh, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membawakan program tahunan 'Christmas in a Shoebox' dengan membawakan 40 orang kanak-kanak daripada Yayasan Sunbeams Homes.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program tersebut turut dihadiri oleh Datuk Nicol David selaku duta jenama Mercedes-Benz Malaysia, para pekerja serta pihak pengurusan tertinggi MBM bagi meraikan penghuni Yayasan Sunbeams Homes dengan hadiah, dan aktiviti yang menarik. 

Menurut Dr. Claus Weidner, Presiden dan CEO MBM berkata, "tanggungjawab komuniti perlu bermula dari peringkat lokal, dan kami amat berbangga dapat menyumbang kepada golongan yang lebih memerlukan dalam pelbagai cara.

"Inisiatif tahunan ini merupakan kunci penting dalam membentuk budaya korporat yang positif, selain berkongsi kegembiraan bersama-sama kanak-kanak Yayasan Sunbeams Home. 
 


Christmas in a Shoebox bukan sekadar memenuhi impian setiap kanak-kanak, ia juga turut menjangkau sempadan dengan penganjuran bengkel drama yang diuruskan oleh KLPAC untuk mencipta interaksi yang lebih menarik bersama-sama mereka. 

Staff MBM memberikan kejutan dengan menjemput kanak-kanak tersebut di Ampang dengan beberapa buah model kenderaan Mercedes-Benz sebelum menuju ke tempat piknik untuk menikmati makan tengah hari. 

Kehadiran Datuk Nicol David selaku pemain skuasy Malaysia bertaraf dunia selain memeriahkan suasana, beliau juga turut sama menyampaikan kisah inspirasi dalam mewakili Malaysia kepada kanak-kanak tersebut. 

 


Kemudian, kesemua peserta dibawa menghadiri bengkel ucapan dan drama yang diketuai oleh Actors Studio Academy @ klpac, di mana kanak-kanak Yayasan Sunbeams Homes diberikan peluang untuk berkongsi kisah Krismas, menyampaikan persembahan karol dan menikmati irama Krismas yang bakal menjelang. 

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Michael Jopp turut serta hadir mengejutkan suasana di dalam pakaian Santa Claus dan menyampaikan hadiah secara individu kepada 40 kanak-kanak itu tadi.

Inisiatif Christmas in a Shoebox ini merupakan acara tahunan MBM dan sehingga kini telah berjaya memberikan keceriaan kepada lebih 6,000 orang semenjak ia diperkenalkan buat kali pertama 10 tahun yang lalu.