Lamborghini, Ducati kekal dalam VW, Audi bakal ambil alih Bentley

oleh Mohamad Hanif|
Hasil daripada perbincangan barisan penasihat VW Group baru-baru ini memutuskan bahawa jenama automotif Lamborghini dan Ducati akan terus kekal di dalam keluarga kumpulan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada itu, mereka juga turut memutuskan untuk meletakkan Bentley di bawah jagaan Audi bermula 1 Mac 2021.

Penstrukturan semula ini bakal membenarkan kedua-dua jenama (Audi dan Bentley) mencari sinergi di dalam strategi elektrifikasi, mengurangkan kos tetap sebanyak 5 peratus menjelang 2023, serta mengurangkan kos bahan sebanyak 7 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang.

 

 


Sebelum ini terdapat ura-ura di mana kumpulan VW sedang mempertimbangkan untuk menjadikan entiti seperti Lamborghini, Ducati dan Italdesign di bawah satu organisasi tunggal, serta khabar angin Bentley yang bakal dijual.

Langkah penstrukturan semula ini juga seharusnya membantu Lamborghini mencari jalan untuk menjadikan elektrifikasi trenkuasa sebagai satu pilihan utama untuk model-model akan datang.

Namun, perubahan trend semasa kepada penggunaan tenaga elektrik tidak akan memberikan kesan kepada Lamborghini mahupun Bugatti, ini kerana menurut presiden Bugatti Stephan Winkelmann menjelaskan kedua-duanya masih lagi belum bersedia untuk memenuhi keperluan tersebut.

Malah beliau menambah, "peranan enjin pembakaran dalaman (ICE) seharusnya dikekalkan selama mana yang boleh."

Berita Berkenaan

Uncategorized
  Berapa kuasa? 620 ps dam 800Nm. Rendah daripada Urus S dan urus Performante namun tinggi jika…
Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…