Lamborghini dedah teaser kelahiran semula Countach LP 500 Prototype!

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2021 menandakan sambutan ulang tahun yang ke-50 kelahiran model Countach, dan Lamborghini sudah pun hadir dengan model tribut Countach LPI 800-4 yang hanya ditawarkan dalam 112 unit sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, adakah Lamborghini berpuas hati dengan apa yang ditawarkan?

Jawapannya mungkin tidak, memandangkan pengeluar jenama Lembu Itali itu kini mempunyai sebuah lagi model yang bakal diperlihatkan - model Countach klasik yang sebenar!

Sebelum ini Lamborghini telah memuat naik video yang memaparkan rekaan ruang dalaman seimbas lalu, sementara video kedua pula memaparkan enjin V12 misteri yang sedang dipasang.

 


Video ketiga (Chapter 3) yang dimuatnaik baru-baru ini nampaknya mengesahkan Lamborghini sedang membangkitkan kembali model asal Countach LP 500 Prototype.

Model asal Countach LP 500 Prototype diperkenalkan buat kali pertama pada 11 Mac 1971 di acara Geneva Motor Show, namun ia telah dimusnahkan pada awal tahun 1974 setelah menjalani ujian pelanggaran yang diperlukan untuk homologasi kereta produksi di Eropah.

Video ketiga ini turut memaparkan cara Lamborghini membina semula kereta ikonik ini menggunakan proses tradisional - mengetuk panel logam menggunakan tenaga tangan, serta runut bunyi nadi V12 yang olskool dan mampu membuatkan bulu roma anda berdiri tegak.

Video pertama dan kedua boleh ditonton pada pautan di bawah:

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …