LAMBORGHINI CATAT REKOD JUALAN MELEBIHI 10,000 UNIT PADA TAHUN 2023

oleh Firdaus Razani|
Pada tahun 2023, Lamborghini telah mencatatkan rekod jualan melebihi 10,000 unit terjual buat kali pertama dalam sejarah jenama mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daripada rekod tersebut, ia meningkat sebanyak 10 peratus dengan menjual sebanyak 10,112 unit kereta Lamborghini di seluruh dunia pada tahun 2023 berbanding pada tahun sebelumnya.

Sejak dilancarkan pada 2018, SUV Lamborghini Urus mencatatkan jualan tertinggi untuk Lamborghini pada tahun lalu yang turut menyumbang dua pertiga daripada rekod jualan dengan 6087 unit terjual di seluruh dunia.

 

lamborghini

 

Untuk beberapa bulan akan datang, dikhabarkan Urus akan menerima kemas kini baharu, iaitu Urus akan disediakan secara eksklusif sebagai hibrid plug-in.

Selain itu, model Hurácan merupakan kedua terlaris dalam jualan tahun lalu dengan jumlah hampir 4000 unit terjual dan merupakan satu rekod untuk barisan model itu.

 

lamborghini

 

Pada 2024, Selaras dengan perubahan kuasa tenaga baharu, Hurácan turut akan menukar enjin V10 kepada enjin V8 hibrid.

Tahun 2023 juga menyaksikan hanya 63 unit Lamborghini berenjin V12 yang dihantar pada pelanggan, unit-unit tersebut adalah 12 model contoh terakhir Aventador dan bersama 51 edisi khas berasaskan Aventador, seperti Invencible coupé dan Autentica roadster.

 

lamborghini

 

Walaupun tiada jangkaan bilangan yang akan dikeluarkan tahun ini, pengganti Aventador, Revuelto V12 hibrid, akan memasuki senarai bilangan pengeluaran pada tahun ini dan ia telah habis dijual sehingga akhir 2026.

Negara-negara seperti di Eropah, Timur Tengah dan Afrika menunjukkan prestasi paling kukuh pada 2023, dengan 3987 kereta dijual di seluruh rantau itu diikuti Amerika dengan 3465 unit dikeluarkan.

Manakala di rantau Asia Pasifik, unit Lamborghini yang terjual pada tahun 2023 adalah sebanyak 2660 unit.

SUMBER : Autocar

Berita Berkenaan

Uncategorized
  Berapa kuasa? 620 ps dam 800Nm. Rendah daripada Urus S dan urus Performante namun tinggi jika…
Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…