Lamborghini Aventador LP 780-4 Ultimae - supercar V12 terakhir Lamborghini!

oleh Mohamad Hanif|
Dengan pengenalan model Aventador LP 780-4 Ultimae, ia sekaligus menandakan berakhirnya generasi supercar yang didatangkan dengan enjin bentangan V12 daripada Sant'Agata Bolognese.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kod nama LP 780-4 yang digunakan membawa maksud angka output yang mampu dihamburkan oleh nadi V12 itu tadi, di mana ia kini berupaya menghasilkan 780 PS @ 8,500 rpm serta daya kilas 720 Nm @ 6,750 rpm.

Walaupun angka output telah bertambah, Lamborghini berjaya menjadikan Ultimae (istilah Latin untuk terakhir) 25 kg lebih ringan jika dibandingkan dengan Aventador S, dan dalam masa yang sama mengekalkan nisbah kuasa-kepada-berat yang sama seperti model SVJ.

 


Pecutan 0-100 km/j boleh diselesaikan dalam tempoh 2.8 saat, sementara 0-200 km/j pula mengambil masa sekitar 8.7 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 355 km/j.

Dari segi penampilan, boleh dikatakan Lamborghini Aventador LP 780-4 Ultimae menggandingkan dua pakej yang berbeza - kuasa daripada SVJ dan sentuhan mewah serta elegan untuk ruang kabin daripada Aventador S.

Versi terakhir ini boleh didapati dalam kedua-dua bentuk badan coupe dan roadster, serta menerima ciri seperti sistem pacuan semua roda, sistem stereng roda belakang, serta sayap belakang aktif kekal yang menawarkan tiga posisi yang berbeza (tertutup, prestasi maksimum atau pengendalian maksimum).

 


Selain daripada itu, ia didatangkan dengan rim tempa bersaiz 20 atau 21 inci yang dibaluti tayar Pirelli P Zero Corsa.

Untuk penampilan yang lebih peribadi, Lamborghini menawarkan tidak kurang daripada 18 warna standard untuk dipilih, serta lebih daripada 300 rona menerusi program kustomisasi Ad Personam, selain menawarkan beberapa pilihan warna untuk angkup brek!

Sebagai meraikan versi terakhir Aventador V12 ini, Lamborghini hanya menawarkan sehingga 350 unit untuk versi coupe, dan 250 unit untuk versi roadster.

 


Dengan pengenalan model Ultimae, ia bukanlah bermakna Lamborghini akan terus menghentikan pengeluaran supercar. Ini kerana mereka mempunyai perancangan untuk menawarkan model yang dielektrifikasikan menjelang tahun 2024 serta sebuah EV menjelang pertengahan dekad ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Warna biru yang digunakan nampak lembut untuk sebuah Lamborghini ditambah pula warna kelabu…
Informasi
  Walaupun memerlukan pelaburan besar, pengeluar eksotik seperti Lamborghini tetap menyahut…