5 fakta tentang Aventador Ultimae, model V12 terakhir Lambo!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lamborghini Aventador LP 780-4 Ultimae
Lamborghini Aventador LP 780-4 Ultimae
Pada masa sekarang tidak kira sama ada pengeluar kereta massa atau niche semuanya perlu bersiap sedia dengan teknologi elektrifikasi.

Ada pengeluar jauh ke hadapan dan ada pengeluar masih merancang bagi mendepani teknologi ini.

Satu perkara yang jelas memaksa pengeluar untuk terlibat sama di dalam teknologi elektrifikasi ialah melalui undang-undang industri.

Di Eropah misalnya, beberapa kerajaan sudah pun mengeluarkan hasrat mereka untuk kesemua kereta baharu dijual menggunakan teknologi elektrifikasi dalam tahun mendatang.

Menawarkan teknologi elektrifikasi bukan mudah dengan perbelanjaan dan sumber yang besar. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Lamborghini Aventador LP 780-4 Ultimae

 

Walaupun memerlukan pelaburan besar, pengeluar eksotik seperti Lamborghini tetap menyahut cabaran elektrifikasi dan adakah bermakna selepas ini tiada lagi pekikan enjin V12 yang bingit?

Masih ada beberapa tahun lagi sebelum Lamborghini menawarkan nadi dengan teknologi elektrifikasi dan memandangkan jangka masa tersebut tidak lama, ini ada sesuatu yang istimewa.

Lamborghini Aventador LP 780-4 Ultimae, model dengan enjin V12 aspirasi normal terakhir sebelum bermula era elektrifkasi.

Pada asasnya, Aventador LP 780-4 membawa prestasi model SVJ dengan elemen gayaan Aventador S dan model ini boleh didapati dalam bentuk coupé dan roadster.

 

Lamborghini Aventador LP 780-4 Ultimae

 

Apa yang istimewa tentang Aventador Ultimae? Berikut kami bawakan lima fakta menarik mengenainya:

1. Unit terhad, 350 coupé dan 250 roadster

Untuk model istimewa dan terakhir, jumlah ini banyak sebenarnya dan bermakna 600 buah Aventador Ultimae akan berada di atas jalan raya di serata dunia.

Walaupun begitu, keistimewaan Lamborghini terletak pada program custom made Ad Personam yang membolehkan pemilik memilih identiti model mereka sendiri.

Ada 18 warna standard yang ditawarkan dan lebih 300 warna pilihan peribadi Ad Personam. Jadinya setiap Aventador Ultimae berkemungkinan tidak akan sama.

 

Lamborghini Aventador LP 780-4 Ultimae

 

2. Enjin V12 6.5 LP lebih berkuasa daripada SVJ

Enjin Aventador Ultimae 6.5 liter V12 dengan kedudukan Longitudinale Posteriore (LP) lebih berkuasa dengan hamburan 769 hp.

Angka itu 39 hp lebih tinggi berbanding Aventador S dan 9.8 hp ekstra daripada SVJ yang kemudian memacu kesemua roda.

Dari segi pecutan, Ultimae coupé berupaya memecut dari 0 - 100 km/j dalam masa 2.8 saat dengan kelajuan maksimum 355 km/j.

Tork maksimum ialah 720 Nm pada 6,750 rpm dengan sistem VVT (Variable Valve Timing) and VIS (Variable Intake System) ditala untuk keluk daya kilas (torque curve) yang optimum. 

Dari segi nisbah berat pada kuasa, Ultimae coupé sama sahaja dengan SVJ iaitu 1.95 hp untuk setiap kg.

Enjin Aventador Ultimae dipadan bersama sistem Independent Shifting Rod (ISR) tujuh kelajuan dengan penukaran gear sehingga 50 milisaat.

 

Lamborghini Aventador LP 780-4 Ultimae

 

3. Pengendalian dan berat (Lagi ringan daripada Aventador S)

Dengan badan yang ringan dan diperbuat dari gentian, berat kering model ini hanya 1,550 kg atau 25 kg ringan berbanding  Aventador S.

Untuk pembrekan, sistem CCB (gentian seramik) mampu menghentikan kelajuan 100 km/j dalam jarak 30 meter sahaja.

Kawalan kereta dioptimumkan melalui sistem four-wheel steering yang diperkenalkan pada Aventador S.

Sistem ini memberikan kelebihan pengendalian lincah pada kelajuan rendah dan sederhana dan lebih kestabilan pada kelajuan tinggi.

Sistem Lamborghini Dynamic Steering (LDS) pada gandar depan telah ditala untuk memberi maklum balas responsif dan belokan (turn-in) yang jitu dan pada masa sama menyesuaikan atau berintegrasi dengan sistem aktif stereng belakang (rear-wheel steering).

 

Lamborghini Aventador LP 780-4 Ultimae

 

Sistem ini bertindak dengan actuator berasingan yang memberikan respon dalam lima milisaat mengikut input stereng pemanduan seterusnya memberikan prestasi meyakinkan.

Sistem kawalan elektronik (ESC) Aventador Ultimae ditala untuk dinamika pemanduan yang laju dan kejituan kawalan cengkaman dan menariknya supaya dapat mengadaptasi pada pelbagai permukaan termasuk salji dan ais.

Pacuan semua roda tetap yang memacu Aventador Ultimae ditala untuk lebih bias atau menghantar lebih tork kepada gandar belakang.

Ini dibuat supaya apabila kuasa dihentikan (power off) kurang daya kilas atau tork dihantar ke depan agar pengendalian masih berprestasi tetapi dengan karakter over-steer yang kekal selamat.

Sistem ini diuruskan oleh Lamborghini Dinamica Veicolo Attiva (LDVA) yang memproses maklumat real time yang tepat berdasarkan pergerakan badan melalui sensor.

 

Lamborghini Aventador LP 780-4 Ultimae

 

4. Reka bentuk sama tapi ada beza

Aventador Ultimae nampak sama tetapi berbeza dan paling jelas boleh dilihat pada bampar depan yang berfungsi dengan meningkatkan daya beban pada bahagian depan.

Walaupun ada beza, prestasi aerodinamik secara melintang sama seperti SVJ.

Selain itu, splitter depan dan 'mulut terbuka' berfungsi dengan mengalirkan aliran udara tambahan bagi mengoptimumkan kecekapan aerodinamik serta penyejuka enjin dan radiator.

Saluran udara (airduct) bampar depan dan saluran penyejukan sisi mengurangkan rintangan aerodinamik dari tayar depan dan mengoptimumkan pengudaraan ke radiator belakang.

 

Lamborghini Aventador LP 780-4 Ultimae

 

Spoiler belakang jenis aktif pula berfungsi pada tiga kedudukan iaitu tutup, prestasi maksimum dan pengendalian maksimum) bergantung pada kelajuan dan mod pemanduan yang dipilih.

Sistem ini mengoptimumkan keseluruhan keseimbangan badan kereta dan bersama vortex yang dijana dari bahagian depan dan belakang bawah casis bagi memaksimumkan aliran udara dan membantu dengan menyejukkan brek. 

 

Lamborghini Aventador LP 780-4 Ultimae

 

5. Roda standard 20 inci dan 21, warna Blu Tawaret dan Blu Nethuns

Kereta eksotik begini wajib mempunyai roda yang cantik dan menyerlah. Aventador Ultimae didatangkan secara standard dengan roda forged 20 inci dan 21 inci Dianthus perak.

Pilihan lain ialah roda 20 inci dan 21 inci Dianthus, Leiron dab Nireo dalam warna gangsa hitam dan titanium dan dipadan bersama tayar Pirelli PZero Corsa.

Angkup brek pula standard dalam warna perak dan sebenarnya terpulang kepada pemilik mengikut pilihan Ad Personam mereka.

Akhir sekali, untuk warna badan Lamborghini melancarkan Aventador Ultimae ini melalui dua warna iaitu Blu Tawaret dan Blu Nethuns dengan panel bumbung hitam kilat gentian karbon.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Lamborghini Aventador LP 780-4 Ultimae

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …