Laluan Persisiran Pantai Barat Seksyen 5 (Bandar Bukit Raja) dibuka malam ini

oleh Mohamad Hanif|
Jajaran Seksyen 5, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Persimpangan Bertingkat Lebuh Raya Pintasan Selat Klang Utara Baru (NNKSB) ke Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja, akan dibuka bermula jam 10 malam ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengerusi WCE Holdings Berhad, Datuk Hamzah Hasan, berkata pembukaan itu adalah yang ketiga dan membabitkan laluan beberapa kilometer.

Katanya, pembukaan laluan di seksyen itu juga adalah yang ketiga selepas laluan Hutan Melintang ke Teluk Intan dan Kampung Lekir ke Beruas di Perak dibuka pada Mei dan September lalu.

“Projek ini dibina adalah khusus untuk menyokong keperluan pembangunan di pantai barat selain menyediakan lebuh raya yang selesa untuk pengguna lebuh raya.

“Strukturnya yang dibina bercantum dengan jalan Persekutuan serta lebuh raya lain dan menjadikan ia satu-satunya lebuh raya yang cukup ideal bagi memendekkan jarak perjalanan sekali gus menjimatkan masa serta kos,” katanya ketika berucap di majlis pembukaan penjajaran dan perasmian Pejabat Pengurusan WCE, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Mohd Shuhaimi Hassan.

Hamzah berkata, secara keseluruhannya, sebanyak 71 peratus pembangunan dan pembinaan lebuh raya itu sudah siap dan dibuka secara berperingkat-peringkat bermula pada Mei lalu.

Katanya, apabila pembinaan lebuh raya itu siap sepenuhnya, ia akan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi sekaligus menjadikan WCE sebagai usaha yang amat signifikan dalam membantu membangunkan koridor Pantai Barat Selangor dan Perak.

“Kami berharap semua pihak akan terus memberikan sokongan dan kerjasama supaya jajaran WCE yang lain di Selangor dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kehadiran bekas PM Jepun itu adalah sebagai utusan khas kerajaan pimpinan Perdana Menteri Fumio…
Berita Domestik
Dibina atas tanah berkeluasan 5,000 kaki persegi, pusat 3S ini menempatkan beberapa kemudahan yang…