Bekas PM Jepun, Shinzo Abe lawat kilang Bukit Raja UMW Toyota

oleh Mohamad Hanif|
Pada 12 Mac yang lalu, UMW Toyota Motor mengalu-alukan kehadiran bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan delegasinya ke kilang pemasangan Bukit Raja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kehadiran bekas PM Jepun itu adalah sebagai utusan khas kerajaan pimpinan Perdana Menteri Fumio Kishida bagi memperingati ulang tahun hubungan diplomatik Malaysia-Jepun yang ke-65, serta ulang tahun Dasar Pandang ke Timur yang ke-40.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, "kami amat berbesar hati dengan kehadiran bekas Perdana Menteri itu ke fasiliti Bukit Raja. Kehadiran beliau amat bermakna buat kami, kerana beliau dapat melihat sendiri transformasi menarik sektor automotif Malaysia ke arah mobiliti yang lebih mampan menerusi pengenalan teknologi Hibrid Elektrik Toyota.

"Toyota akan terus memimpin pembangunan industri automotif Malaysia, selain membangunkan sumber manusia serta alam sekitar dalam memupuk masyarakat yang lebih lestari," ujarnya lagi.

Kilang Bukit Raja UMW Toyota dibangunkan dengan jumlah pelaburan bernilai RM2 bilion, dilengkapi dengan pelbagai teknologi inovatif yang paling moden dan termaju.

Ia memiliki kapasiti untuk membina sehingga 50,000 unit kenderaan setiap tahun, dan kini sedang digunakan untuk memasang Toyota Vios, Yaris, Corolla Cross, serta Corolla Cross Hybrid.

 

Berita Berkenaan

Informasi
SIC yang sedang melaksanakan kerja-kerja penurapan semula trek, bagaimanapun, mengesahkan tiada…
Berita Domestik
Dengan pelaburan bernilai US$422.3 juta (RM1.86 bilion), fasiliti itu dijangka mampu menyokong…
Berita Global
Menurut laporan daripada cnevpost.com, pemilik Tesla Model 3 itu telah diharamkan daripada…