Laluan LPT sering dinaiki air akan dinaik taraf bermula Julai

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Laluan Lebuhraya Pantai Timur yang sering diniaki air terutama pada musim tengkujuh akan dinaik taraf bagi mengelak risiko banjir sehingga menjejaskan laluan terbabit berulang.


Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sehingga kini persetujuan sudah diberi Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek berkenaan dengan antara laluan LPT terbabit adalah di Lanchang, Temerloh.

 

Berdasarkan perancangan, katanya pelaksanaan kerja menaik taraf laluan LPT terbabit dijangka bermula Julai depan.

 

"Kerja ini (naik taraf) perlu dilakukan dan diberi keutamaan. Oleh itu Kerajaan Pusat bersetuju untuk menaik taraf laluan LPT bermula Julai depan," katanya ketika Persidangan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 semalam.

 

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (BN-Sungai Lembing) yang ingin mendapatkan pelan tindakan kerajaan negeri dalam menangani masalah banjir masa pendek dan panjang.

 

Katanya, peruntukan itu akan dimanfaatkan untuk kerja pemuliharaan sungai serta menaik taraf kolam takungan banjir bagi mengurangkan risiko bencana alam itu di setiap daerah.

 

"JPS Pahang juga menerima peruntukan RM6.14 juta bagi melaksanakan 42 kerja kecemasan di luar jangka," katanya.

 

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, bagi tujuan jangka pendek pula, kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang menerima peruntukan RM20.36 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk kerja mengurangkan risiko banjir

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  Di sebalik peningkatan agak kecil dalam kalangan pemilik kenderaan yang membeli perlindungan…
Berita Global
Nampaknya, 'kembar jauh' Myvi berjaya ditemukan di Miami di mana sebuah Chevrolet Corvette Stingray…
Informasi
Disebabkan itu, pihak berkuasa Jepun mengambil inisiatif untuk membina sebuah struktur gergasi…