Laluan ditutup setelah dua kereta masuk lubang di tengah jalan

oleh SALINA JALIL|
Dua buah kereta termasuk ke dalam lubang di tengah jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mentakab di Temerluh pada Rabu.


Foto kejadian melibatkan kenderaan terbabit tular di laman sosial Facebook sekali gus mengundang kerisauan pengguna laluan tersebut khususnya.

 

Difahamkan laluan tersebut pernah dibaiki dan kejadian paip pecah di lokasi terbabit pernah terjadi sebelum ini.

 

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati laluan tersebut telah ditutup kepada pengguna akibat paip utama yang pecah, namun masih ada pemandu kenderaan yang menggunakan laluan terbabit.

 

Dalam pada itu, masalah paip pecah itu telah mendapat perhatian Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) yang akan melakukan kerja-kerja penggantian dalam tempoh secepat mungkin.

 

Namun PAIP turut memaklumkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan membabitkan 5,500 akaun bermula jam 8.30 pagi hingga 11 malam, Rabu berikutan paip utama jenis AC bersaiz 400 milimeter pecah di kawasan tersebut.

 

 

 

SinarHarian/Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penduduk Kampung Poropot, Charls Dodee, 26, berkata, kerosakan jalan itu berlarutan sejak tiga…
Berita Domestik
Keadaan jalan itu dikongsikan oleh seorang pengguna jalan raya, Mohd Fauzie Jasneh, 31, menerusi…
Berita Domestik
Penduduk, Hassan Serian, 56, berkata penduduk, terutama petani yang mempunyai kebun perlu berhati-…