Lagi kes salah guna: Beli Lamborghini Urus guna duit bantuan COVID-19

oleh Mohamad Hanif|
Jika sebelum ini, seorang lelaki di Florida telah ditahan kerana membeli Lamborghini Huracan menggunakan wang bantuan COVID-19, kisah yang sama timbul kembali dan kali ini di Texas pula.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Motor1.com, lelaki tersebut dikatakan berjaya mendapatkan wang bantuan stimulus COVID-19 bernilai $1.6 juta (RM6.76 juta) di bawah program Paycheck Protection Program (PPP).

Disebabkan nafsu yang menguasai diri, beliau kemudian membeli sebuah Lamborghini Urus (bernilai $222 ribu - RM938 ribu), dan selebihnya digunakan untuk membeli sebuah trak Ford F-350 dan seutas jam tangan Rolex.

Tidak cukup dengan itu, lelaki itu juga dikatakan menghabiskan ribuan dollar yang diterima di kelab-kelab malam, serta pembelian barangan peribadi yang serba mewah.

Menurut laporan, lelaki tersebut menghadapi beberapa tuduhan termasuklah membuat kenyataan palsu kepada institusi perbankan, serta terlibat di dalam melakukan transaksi diluar batasan undang-undang.

Sumber: The United States Department of Justice melalui Motor1.com

Berita Berkenaan

Informasi
Mokhzani berkata, untuk tugas berkenaan pihaknya menjangkakan seramai 400 tenaga kerja akan dibawa…
Berita Domestik
Jelasnya lagi, hanya individu daripada kategori itu yang mengalami masalah kewangan sahaja akan…
Berita Domestik
Program BikeCare-1000 ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu para pekerja…