Lagi kes pemandu mabuk - Polis maut dirempuh Hilux di Semenyih

oleh HEZERI SAMSURI|
Hukuman untuk pemandu mabuk yang masih tidak begitu ditakuti di negara ini semakin menyebabkan ramai pemandu tidak takut untuk keluar memandu di dalam keadaan mabuk.

Kes terbaharu membabitkan kematian seorang anggota polis, Koperal Safwan Mohd Ismail, 31, yang maut apabila dirempuh oleh sebuah Toyota Hilux di sekatan jalan raya (SJR) Op Covid-19 di Kilometer 2.8 Lebuhraya Lekas arah Plaza Tol Kajang Selatan jam 2 pagi tadi.

 

 

Mangsa meninggal di tempat kejadian kerana dihempap oleh trak pikap tersebut dan diseret sejauh 70 meter.

Menurut Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, siasatan awal punca kemalangan dipercayai akibat pemandu itu memandu di bawah pengaruh alkohol.

Koperal Safwan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan badan sementara pemandu Hilux tersebut mengalami kecederaan sedikit di kepala.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kereta peronda…
Berita Domestik
Ujian yang dilakukan di Pasar Sena, Kangar Selasa lalu mendapati ia mampu mengurangkan masa operasi…
Berita Domestik
  Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba…