Sebelum ini, beberapa pemilik motosikal Modenas Elegan 250EX dikatakan akan berpeluang kilang Modenas di Gurun, di mana dua model skuter maxi iaitu Kymco AK550 dan Kymco DTX250 bakal dipamerkan.
Laporan itu sekaligus menguatkan kemungkinan untuk pelancaran kedua-dua model skuter maxi itu ke pasaran tempatan kelak, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia akan dijenamakan semula atau kekal dengan nama Kymco.
Seperti yang diketahui, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) telah dilantik sebagai pengeluar dan pengedar eksklusif KYMCO di Malaysia sejak 2016.
Jika dilihat dari penawaran spesifikasi, Kymco DTX250 mungkin menjadi pengganti kepada Elegan 250EX yang juga merupakan model jenama semula Kymco XTown 250i.
Untuk model terbaharu iaitu Kymco DTX250, ia dikuasakan nadi 250 cc empat injap yang mampu menghasilkan 23 HP dan 23.6 Nm, lebih berkuasa jika dibandingkan dengan Elegan 250EX yang menghasilkan 22.1hp dan 22.4Nm.
Antara beberapa ciri moden yang dihadirkan ialah lampu LED penuh dengan DRL, penghadang angin, panel meter digital LCD, tangki bahan api 13L, katalán cengkaman dan ABS.
Setakat ini juga, masih belum ada apa-apa berita rasmi dari Modenas mengenai kedua-dua skuter maxi tersebut.
Baca: Modenas bakal lancar skuter maxi Kymco AK550 dalam masa terdekat?
Sumber: motomalaya