Kutipan hasil JPJ RM4.2 billion pada tahun 2020

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyumbang sebanyak RM4.2 billion kepada negara melalui kutipan hasil pada tahun 2020.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, sejak mula beroperasi pada tanggal 1 April 1946 sebagai pendaftar dan pemeriksa kereta motor atau dahulunya dikenali sebagai RIMV (Registrar Inspection Motor Vehicle), JPJ telah menyediakan pelbagai perkhidmatan yang berkualiti.

Menurutnya, ia termasuklah menguruskan pungutan hasil serta menguat kuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 secara telus dan berkesan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Tambahnya lagi, umum mengetahui Malaysia mempunyai lebih daripada 200,000 kilometer jalan raya yang telah dibina dan ini dapat dikaitkan dengan peningkatan pemilikan kenderaan dan pemandu.

 

“Hingga kini, JPJ telah menguruskan sebanyak 33,059,582 (33.05 juta) buah kenderaan terkumpul, dan seramai 14,319,361 (14.32 juta) orang pemandu terkumpul di Malaysia.

 

“Malah, JPJ juga telah menyumbang sebanyak RM4.2 Billion kepada negara melalui kutipan hasil, pada tahun 2020,” katanya pada majlis Pelancaran Duit Syiling Kenangan Ulang Tahun ke-75 JPJ Malaysia, semalam.

 

Zailani berkata, pelancaran Duit Syiling Kenangan ini merupakan rentetan daripada sambutan Ulang Tahun Ke-75 JPJ yang telah disambut pada bulan April yang lalu dengan kerjasama BNM.

 

 

UtusanOnline

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada Isnin, HeiTech Padu menerima surat lantikan daripada JPJ membabitkan tender bernilai RM190.01…
Berita Domestik
"Semua pemandu dan penumpang dewasa hendaklah duduk di kerusi ketika kenderaan bergerak. "Tambahan…
Informasi
Jelas beliau, setakat 29 Februari lalu sebanyak 578 kes direkodkan bagi kesalahan memandu di bawah…