Kurang sambutan, BMW henti penawaran langganan fungsi pemanas punggung

oleh Mohamad Hanif|
Tahun lepas, BMW mengejutkan dunia automotif dengan menawarkan perkhidmatan langganan untuk fungsi dan ciri yang sudah pun terdapat pada kereta pelanggan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Paling mencuri tumpuan (dan sedikit tak masuk akal) ialah fungsi pemanas tempat duduk di mana pelanggan perlu membayar sejumlah wang $18 setiap bulan atau $180 setiap tahun hanya semata-mata untuk memanaskan punggung mereka apabila diperlukan.

Langkah ini ternyata mendapat bantahan dan kritikan sehinggakan BMW terpaksa membuat keputusan untuk menghentikan penawaran tersebut, terutama bagi ciri perkakasan yang sudah tersedia dari kilang.

Bercakap kepada Autocar, ahli lembaga jualan dan pemasaran BMW Pieter Nota memberitahu kebanyakan pelanggan tidak memberikan sambutan yang hangat terhadap ciri yang mereka jangkakan standard untuk kenderaan mereka.
 

bmw


Namun begitu, BMW dijangka akan meluaskan lagi perkhidmatan langganan berbayar mereka, khususnya perisian dan produk berkaitan perkhidmatan.  

“Kami kini sedang menumpukan perhatian terhadap fungsi seperti bantuan pemanduan dan bantuan parkir, di mana anda boleh menambah kemudian selepas membeli kereta, atau sesetengah fungsi yang memerlukan pemindahan data.”

“Apa yang kami dapati ialah perkhidmatan berasaskan perisian seperti produk bantuan parkir, diterima dengan baik. Ianya sama seperti memuat turun filem atau fungsi tambahan pada aplikasi mudah alih,” jelasnya lagi.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
BMW sebagai contoh pernah cuba untuk mengenakan yuran langganan akses Apple CarPlay kepada pemilik…