Pemilik BMW perlu bayar RM102 untuk langganan 'elak saman speedtrap' selama 15 bulan

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada perkhidmatan langganan yang ditawarkan seperti Netflix, Spotify dan Youtube (sebab nak elak iklan), perkhidmatan yang serupa turut ditawarkan oleh beberapa buah pengeluar automotif.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

BMW sebagai contoh pernah cuba untuk mengenakan yuran langganan akses Apple CarPlay kepada pemilik kenderaan baharu sebelum mereka menarik balik langkah tersebut.

Namun, BMW hadir dengan sebuah program langganan perkhidmatan yang digelar sebagai Traffic Camera Information.

 


Perkhidmatan ini akan membolehkan kebanyakan pemandu BMW yang gemar memandu laju untuk sentiasa peka dengan kedudukan kamera pemantauan kelajuan, pengesan radar dan kamera lampu isyarat merah dengan yuran langganan $25 (RM102) untuk tempoh lima belas bulan.

Menurut laporan daripada Automotive News, sistem ini menggunakan data lokasi daripada kamera trafik tetap dan mudah alih serta data daripada pengesan radar untuk memberikan amaran tentang kehadiran perangkap kelajuan di hadapan.

Namun, sistem ini dilihat lebih kurang sama dengan apa yang ditawarkan oleh aplikasi navigasi pemetaan Waze, walaupun aplikasi peranti pintar itu hanya bergantung kepada data yang disumbangkan oleh pengguna dan mungkin tidak boleh dipercayai sama sekali.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Paling mencuri tumpuan (dan sedikit tak masuk akal) ialah fungsi pemanas tempat duduk di mana…