KUMPULAN BERJAYA BERSAING UNTUK PASANG SISTEM TOL TANPA PALANG

oleh Firdaus Razani|
Sebuah syarikat awam yang dikenali Kumpulan Berjaya kini dipercayai sedang mendapatkan sokongan daripada syarikat konsesi lebuh raya dalam bidaan untuk memasang sistem tol tanpa palang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut sumber, cadangan itu dibuat selepas 32 syarikat konsesi tol lebuh raya menentang langkah kerajaan untuk melantik unit YTL Holdings bagi membangunkan sistem tol tanpa palang tersebut.

Tambahan itu, Eksekutif Kanan Berjaya telah mengadakan mesyuarat dengan wakil 32 syarikat konsesi untuk menjelaskan cadangan dan respons dari mereka sebelum mengemukakan cadangan tersebut kepada Kementerian Kerja Raya.

Menurut beliau, tawaran daripada Kumpulan Berjaya lebih menarik berbanding cadangan sebelum ini yang masih dalam pertimbangan kerajaan.

 

tol

 

Sumber itu berkata “Pada asasnya, rancangan mereka adalah apa yang kita mahu, untuk membenarkan syarikat lebuh raya membina plaza tol yang lebih lancar manakala Berjaya atau syarikat lain menyediakan perkhidmatan kutipan tol.

"Di bawah rancangan ini, syarikat konsesi akan mendapat hasil mereka pada hari berikutnya, seperti yang diamalkan sekarang," kata sumber itu.

Sumber itu berkata, syarikat konsesi juga mencadangkan syarikat yang menyediakan perkhidmatan kutipan tol itu akan menjaga kebocoran hasil yang timbul apabila halangan palang tol dibuang.

"Kami tidak mahu terperangkap dengan mengesan pemandu yang memandu tanpa membayar," katanya kepada FreeMalaysiaToday.

Sumber itu berkata, syarikat konsesi mahu sistem bebas halangan hanya di plaza tol utama, terutama di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor, di mana kesesakan lalu lintas lebih teruk.

Dengan pengaturan seperti ini, kos pelaksanaan sistem aliran bebas berbilang lorong akan dipotong sebanyak 30 peratus, katanya.

 

tol

 

Pada Mac 2023, Dewan Rakyat diberitahu bahawa RM3.46 bilion telah diperuntukkan untuk melaksanakan sistem tol tanpa palang di plaza tol lebuh raya menjelang 2025.

Tahun lepas, kerajaan dilaporkan telah menandatangani "perjanjian pelantikan" pada November 2022 dengan sebuah syarikat YTL untuk membina sistem aliran bebas dan menguruskan kutipan tol, yang berjumlah kira-kira RM6 bilion setahun.

Di bawah perjanjian itu, syarikat itu akan mengumpul RM650 juta hingga RM850 juta setiap tahun daripada syarikat konsesi dalam tempoh 20 tahun.

Bantahan telah difailkan kepada Kementerian Kerja Raya oleh Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia, yang berkata langkah itu akan melanggar perjanjian individu mereka dengan kerajaan.

Syarikat konsesi berpendapat bahawa mereka boleh melaksanakan sistem aliran bebas sekurang-kurangnya 30 peratus kurang daripada cadangan YTL.

Persatuan itu menegaskan bahawa rancangan YTL akan membolehkan syarikat baharu itu mengambil alih operasi tol dan proses pengesahan syarikat konsesi, yang akan menimbulkan "masalah integriti yang berpotensi" berhubung trafik dan hasil tol.

Susulan bantahan persatuan itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada syarikat lebuh raya bahawa kerajaan belum membuat keputusan muktamad mengenai perkara itu.

 

SUMBER : FreeMalaysiaToday

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"BCorp mahu menjelaskan bahawa (kenyataan) itu tidak benar," dalam satu kenyataan yang dilaporkan…
Berita Domestik
Pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan dijangka akan terbang ke Jepun awal bulan hadapan bagi…