Berjaya Corp Bhd nafi mahu bawa kembali Suzuki ke Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu kenyataan akhbar yang berbeza, Berjaya Corp Bhd (BCorp) nampaknya menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa pengerusi eksekutifnya, Tan Sri Vincent Tan akan ke Jepun untuk menandatangani perjanjian bersama Suzuki Motor Corp.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

"BCorp mahu menjelaskan bahawa (kenyataan) itu tidak benar," dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh The Sun Daily. 

Semalam, sebuah laporan akhbar tempatan menyebut bahawa Berjay Group berhasrat untuk membawa kembali jenama yang sudah pun keluar dari pasaran Malaysia tiga tahun lalu. 

Suzuki sebelum ini diwakili oleh DRB-Hicom Bhd. 

Sumber: The Sun Daily