Kontrak MotoGP: Sepang mahu lanjut sehingga 2026

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedang dalam perbincangan untuk melanjutkan kontrak Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia sehingga tahun 2026. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Razlan Razali, perbincangan dengan pemegang hak penganjuran MotoGP iaitu Dorna diawalkan meskipun tempoh kontrak sedia ada masih berbaki dua tahun lagi. 

"Ada perbincangan antara Dorna dan SIC untuk melanjutkan kontrak GP Malaysia untuk tempoh lima tahun lagi dari 2022 hingga 2026," kata Razlan. "Kenapa diawalkan biarpun tahun ini baru 2019?.

"Ini kerana ada dua, tiga negara yang berminat untuk menganjurkan MotoGP dan kita boleh lihat daripada perjanjian antara Indonesia dan Dorna pada tahun 2021 dan mereka juga akan melawat Vietnam dalam masa terdekat ini untuk menilai penganjuran di sana. 

"Kita sudah menyaksikan Thailand mula menganjurkannya tahun lalu dan juga Finland (kemungkinan tahun depan). Jadi, saya tak mahu kita ketinggalan daripada sudut kontrak, yuran ataupun hak penganjuran. 

 


"Disebabkan itu, kami mengadakan perbincangan lebih awal dan kita mahu melihat dan menilai sebarang kos baharu dalam penganjuran MotoGP. Kami baru melakukan perbincangan pada minggu lalu dan mahu melihat sama ada kita boleh melanjutkan kontrak sehingga 2026."

Kontrak sedia ada ketika ini ditandangani untuk tempoh lima tahun pada Oktober 2016, bermula dari tahun 2017 sehingga 2021.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…
Sukan Bermotor
Dengan penganjuran dan crew-crew profesional, pastinya pelumba-pelumba dapat menimba ilmu untuk…
Sukan Bermotor
Sehubungan dengan itu, pihak Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan bas dari tiga lokasi (Pasar…