Konsep retro Fiat ini buat kami terharu

oleh HEZERI SAMSURI|

Pada zaman 1970-an dan awal 80-an, Fiat memang popular di Malaysia, dan antara model yang sering kelihatan ialah hatchback 127 yang comel.

Lincah, ia datang dengan enjin 4-silinder 903 cc atau 1,049 cc dan memang menjadi kegemaran ramai sebagai kenderaan kedua untuk sebuah keluarga.

 

side 127

 

Ia ringkas dan untuk yang pernah duduk di dalam sebuah Fiat pada zaman itu, bau kabin dalamnya memang unik. Tutup mata dan anda tahu anda berada di dalam sebuah Fiat.

Fiat 127 Concept ini bukan berita baharu, tetapi ia masih lagi sebuah konsep yang relevan dan sehingga hari ini, Fiat tidak ada hasrat untuk membinanya.

Direka oleh David Obendorfer dengan menggunakan platform Fiat Punto atau Alfa Romeo MiTo, konsep ini sangat comel dan Careta rasa jika ia dihasilkan, besar kemungkinan ia akan menjadi popular.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
  Carlos Tavares, ketua eksekutif PSA, yang juga memiliki Vauxhall dan Citroën, akan menjadi ketua…
Berita Global
Menurut satu laporan daripada CarScoops, FCA telah didenda sebanyak $40 juta (RM168 juta) oleh…
Berita Global
Enjin asal Cinquecento telah dihukum buang daerah dan digantikan dengan enjin superbike! Terima…