Koenigsegg dedah lakaran awal pengganti Agera RS - sasar kereta produksi terpantas di dunia

oleh Mohamad Hanif|
Koenigsegg telah mendedahkan lakaran awal model yang belum dinamakan itu sebagai pengganti Agera RS sebagai kereta produksi terpantas di dunia.

Menurut laporan, pengeluar supercar dan hypercar terulung daripada Sweeden itu merancang pengenalan sulung model pengganti Agera RS itu pada pertunjukan automotif Geneva 2019. 


Berdasarkan lakaran kasar yang didedahkan, model terbaru tersebut menampilkan lampu rekaan jenis tirus yang mengambil inspirasi daripada Regera, sementara mengekalkan garisan bumbung tradisi yang terdapat pada model-model Koenigsegg yang lain.

Tiada sebarang info teknikal didedahkan buat masa ini, namun Koenigsegg yakin pengganti Agera RS ini bakal memegang rekod kereta produksi terpantas di dunia. 
 


Tahun lepas, Koenigsegg Agera RS dengan enjin turbo bentangan V8 5.0 liter yang mampu menghamburkan sejumlah 1,160 kuasa kuda itu telah mencatatkan kelajuan tertinggi sepantas 447 km/j.

Malah, ia telah memadamkan rekod yang telah dibuat oleh Bugatti Chiron beberapa minggu selepas hypercar dari kumpulan Volkswagen itu mengumumkan rekod terpantas mereka di dalam cubaan 0-400 km/j-0. 

Catatan masa yang dicapai oleh Koenigsegg Agera RS telah mengalahkan rekod Bugatti Chiron sebanyak 8.67 saat dan memperbaiki rekod sendiri sebanyak 3.15 saat. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun Bugatti dilihat sebagai pencetus kepada idea ini dengan rekod 41.96 saat, hanya dalam masa…
Berita Global
Dalam cubaan terbaharu yang dilakukan oleh Bugatti pada 2 Ogos yang lalu, hypercar Chiron yang…
Berita Global
Sasha Selipanov, seorang graduan dari Art Centrer College of Design di Pasadena, California…