Kod etika pakaian: Perodua mohon maaf

oleh Penyumbang Rencana|
Perodua Sales Sdn Bhd memohon maaf kerana pusat servisnya di Kuantan, Pahang mengenakan kod etika pakaian untuk pelanggan.

“Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh pelanggan yang kami hargai di Pusat Servis Perodua berkenaan,” kata ketua pegawai operasinya JH Rozman Jaafar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam kenyataan pada Rabu, JH Rozman berkata perkara itu tidak selaras dengan garis panduan rasmi Perodua.

Syarikat itu justeru sedang melakukan siasatan rasmi diikuti dengan “langkah pembetulan” bagi memastikan insiden seumpama itu tidak berlaku lagi, katanya.

Perodua Sales juga berkata notis berkenaan sudah ditarik balik.

Katanya, pusat servis itu akan terus memberikan perkhidmatan seperti biasa tanpa mengambil kira pakaian pelanggan mereka.

Berkaitan notis itu, dia menjelaskan ia hanya berbentuk galakan dan tidak diwajibkan.

 

Facebook Perodua

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada CarBuzz, artis tersebut kini disenaraihitam oleh Ferrari daripada cuba…