Langgar kod etika, Justin Bieber disenaraihitam oleh Ferrari

oleh Mohamad Hanif|
Ferrari dikenali sebagai sebuah jenama automotif yang berprestij, dan jenama itu dilihat tidak pernah bermain-main terutama apabila melibatkan soal imej yang dipaparkan oleh sesetengah pihak, seperti artis terkemuka Justin Bieber.

Menurut laporan daripada CarBuzz, artis tersebut kini disenaraihitam oleh Ferrari daripada cuba membeli model baharu kerana didapati melanggar kod etika yang telah ditetapkan oleh pengeluar Prancing Horse tersebut.

Pada tahun 2011, Bieber didapati melayangkan warna Electric Blue pada Ferrari 458 Italia berwarna putih, dan melengkapkannya dengan kit badan lebar daripada Liberty Walk.

Ini kerana menurut Ferrari, pemilik tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang modifikasi terhadap enjin dan kosmetik, atau mewarnakannya mengikut tema tertentu sebelum mendapat kebenaran rasmi daripada Ferrari.
 

justin


Beliau melakukan kesilapan yang serupa pada tahun 2017 apabila beliau menjual model kedua Ferrari 458 Italia berwarna biru miliknya.

Ferrari sebenarnya melarang para pelanggan daripada menjual kenderaan peribadi ketika tahun pertama pemilikan, dan sebarang perancangan untuk menjual perlulah mendapat kebenaran daripada ibu pejabat.

Peraturan ini ditetapkan oleh Ferrari  bagi mengelakkan penjualan semula berasaskan keuntungan selain menjaga integriti jenama itu kepada pelanggan yang paling dipercayai.

Dengan larangan tersebut, Justin Bieber kini menyertai senarai selebriti yang disenaraihitamkan oleh Ferrari termasuklah Kim Kardashian dan Nicolas Cage.

Sumber: CarBuzz

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek kereta ini dikendalikan oleh West Coast Customs - nama yang sebelum ini terkenal dengan…