Koc wanita MRT laluan Putrajaya bermula Isnin

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Koc wanita bagi Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Amir Hamdan.

Beliau berkata pelaksanaan inisiatif berkenaan adalah bagi menyediakan perjalanan yang lebih selasa dan selamat bagi penumpang wanita yang merangkumi 60 peratus daripada jumlah pengguna rel.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Selain itu, ia adalah kesinambungan daripada projek perintis koc wanita di MRT laluan Kajang yang dilaksanakan pada 18 Sept tahun lepas.

Amir berkata sebanyak 36 stesen dan 49 tren di MRT laluan Putrajaya telah dipasang dengan pelekat khas berwarna merah jambu bagi memudahkan pengguna mengenal pasti koc wanita yang terletak di bahagian tengah setiap tren.

"Sejak diperkenalkan, inisiatif koc wanita telah mendapat sambutan yang baik daripada pengguna dan data yang dicerap menunjukkan bilangan aduan berkaitan kes gangguan seksual di MRT laluan Kajang telah menurun daripada purata 3.2 kes kepada dua kes sebulan," katanya pada sidang media di KL Sentral pada Sabtu.

Amir berkata kira-kira 300 hingga 400 penumpang boleh dimuatkan pada dua koc wanita laluan MRT Putrajaya bagi setiap perjalanan dan polis bantuan juga turut ditugaskan bagi membuat pemantauan secara berkala di dalam tren dan stesen untuk memastikan etika penggunaan koc wanita dipatuhi semua pengguna rel.

Terdahulu, Amir bersama pengurusan Rapid Rail menghiburkan hampir 100 penumpang Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya bermula dari stesen Datuk Keramat ke KL Sentral dengan mengadakan nyanyian Muzikal Raya bagi membangkitkan suasana Aidilfitri yang bakal disambut minggu depan.

Sembilan buah lagu raya didendangkan yang diketuai kumpulan Alun Tradisi antaranya 'Balik Kampung', 'Selamat Hari Raya' dan 'Bila Takbir Bergema'.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut Prasarana, operasi waktu puncak pagi akan ditambah 30 minit iaitu bermula jam 6.30 pagi…
Berita Domestik
Menurut kenyataan itu angka penggunaan harian tertinggi adalah 1,200,433 yang dicatatkan pada 22…
Berita Domestik
Perkhidmatan percubaan ini akan beroperasi selama tiga bulan sehingga 24 Disember 2023, bermula…