Rapid Bus perkenal perkhidmatan bas perantara LRT, MRT untuk laluan T545, T569

oleh Mohamad Hanif|
Bermula hari ini (25 September), Rapid Bus akan memperkenalkan perkhidmatan bas perantara ke stesen-stesen LRT dan MRT melibatkan dua laluan T545 dan T569.

Perkhidmatan percubaan ini akan beroperasi selama tiga bulan sehingga 24 Disember 2023, bermula dari jam 6.00 pagi hingga 11.30 malam dengan kadar kekerapan sekitar 15 minit.

Pihak Rapid Bus menetapkan tambang perjalanan sehala sebanyak RM1.00 yang boleh dibayar menggunakan Pas Perjalanan Tanpa Had My50 atau MyCity, Kad Konsesi MyRapid atau Kad Touch 'n Go.
 

T545T569

 

Berita Berkenaan

Informasi
Ia juga dalam usaha mengurangkan kesesakan ruang letak kereta di pekarangan Parlimen. "…
Informasi
Justeru, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan menunggu di bawah setiap stesen BRT…
Berita Domestik
"Ia bagi memastikan laluan bas tidak terhalang dan menjadikan pergerakan dan frekuensi lebih laju…