KLIMS 2018: Teknologi mobiliti masa hadapan daripada Toyota

oleh Mohamad Hanif|
Dengan tema utama Beyond Mobility, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mempamerkan beberapa buah kenderaan konsep, sedan eksekutif serta sedan segmen B pada acara KLIMS 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Konsep I-Series


Merupakan manifestasi terhadap masa hadapan yang terhubung antara manusia, masyarakat dan kenderaan, I-Series merupakan konsep pengangkutan yang mampu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. 

Ia diperlihatkan menerusi Toyota I-Road, gabungan antara kereta dan moosikal untuk pengangkutan di tengah kota raya. 

Menurut Presiden UMWT, Ravindran K berkata, "daripada sebuah syarikat kenderaan, Toyota komited untuk beralih menjadi sebuah syarikat mobiliti untuk semua, bermula daripada usaha korporat global "Start Your Impossible" yang diilhamkan daripada Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Komiti Paralimpik Antarabangsa (IPC)."

Toyota percaya mobiliti masa hadapan bukan sekadar sebuah kereta, ia adalah bagaimana untuk mengatasi masalah dan menjadikan impian itu menjadi kenyataan. 

 


Future Toyota


Model yang tidak asing lagi di kalangan para peminat automotif, Toyota FT-1 turut sama dipamerkan pada acara tersebut. 

 

 

Toyota TS030 Hybrid


Jentera lumba Le Mans Prototype 1 (LMP1), hasil pembangunan oleh Toyota Motorsport GmbH dan Toyota Motor Corporation digunakan untuk perlumbaan 24 jam Le Mans World Endurance Championship (WEC) pada tahun 2012 dan 2013. 

 

Vios Toyota Gazoo Racing (TGR)


Model konsep Vios Gazoo Racing ini membayangkan jentera yang bakal digunakan oleh pasukan Gazoo Racing dalam perlumbaan Vios Challenge yang kini memasuki musim kedua. 
 

 

Platform Toyota New Global Architecture (TNGA)


Platform generasi baharu yang kini menjadi tunjang utama beberapa model terkini Toyota, seperti Toyota C-HR dan Toyota Camry. 

Ia menawarkan sudut pemanduan yang lebih baik disamping memberikan kebebasan kepada para pereka kenderaan dalam menghasilkan rekaan yang lebih baik. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Setiap kali pameran automotif diadakan di Malaysia, komen-komen sumbang seperti di bawah pasti akan…
Berita Domestik
Proton akhirnya membuat penampilan umum SUV pertama mereka, X70 yang diambil dari Geely Boyue.…