KLIMS 2018: Sedan segmen B Toyota Vios baharu diperlihatkan, tiga varian, harga bermula dari RM77k

oleh Mohamad Hanif|
Di samping pelancaran rasmi Toyota Camry, UMW Toyota Motor turut sama memperlihatkan Toyota Vios serba baharu berdasarkan model Yaris hatchback.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara perubahan ketara yang dikesan pada Vios baharu ini ialah penampilan yang serupa pada model Yaris, terdiri daripada gril hadapan, lampu utama serta integrasi lampu nyalaan siang jenis LED. 

Manakala pada bahagian dalaman pula menampilkan rekaan yang lebih moden serta stereng tiga cabang yang diambil daripada Corolla Altis. 
 


Toyota masih mengekalkan enjin 2NR-FE 1.5 liter Dual VVT-i empat silinder sebaris yang menghasilkan 107 PS dan daya kilas 140 Nm sebelum disalurkan kepada roda hadapan menerusi transmisi tujuh nisbah kelajuan. 

Toyota Vios dilengkapi dengan peralatan standard seperti rim aloi 15 inci, lampu utama halogen, ciri kemasukan tanpa kunci, butang pandu mula, mod pemanduan Eco dan Sport, sistem pendingin hawa automatik, dan sistem hiburan dengan empat buah speaker. 
 


Varian E pula menerima tambahan lampu belakang jenis LED, lampu kabus, cermin sisi lipat automatik, cermin windscreen akustik, sistem hiburan DVD, kamera keliling 360 darjah dan perakam video digital.

Manakala varian premium G pula hadir dengan lampu utama jenis projektor, rim 16 inci, pelekat cermin keselamatan, balutan kulit pada stereng, tempat duduk, tombol gear, paddle shifter, panel meter Optitron, paparan pelbagai info 4.2 inci dan sensor parking hadapan. 

Ciri keselamatan adalah standard pada semua varian seperti tujuh beg udara, brek ABS, EBD, bantuan brek, kawalan kestabilan, cagak ISOFIX, manakala varian E dan G pula menerima sistem pemantauan titik buta dan amaran lintasan trafik belakang. 
 


Toyota Vios hadir dengan lima pilihan warna menarik termasuklah Dark Blue Metallic, Red Metallic, Attitude Black, Silver Metallic dan Super White II. 

Harga jualan pula bermula dari RM77,200 untuk Vios 1.5 J, RM81,200 untuk 1.5 E dan varian premium pula dijual pada harga RM87,300, kesemuanya didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Setiap kali pameran automotif diadakan di Malaysia, komen-komen sumbang seperti di bawah pasti akan…
Berita Domestik
Proton akhirnya membuat penampilan umum SUV pertama mereka, X70 yang diambil dari Geely Boyue.…