KLIMS 2018: Harga jualan Ranger Raptor diumumkan bermula dari RM199,888 atas jalan

oleh Mohamad Hanif|
Ford Motor Company melalui pengedar eksklusif Sime Darby Auto Connexion (SDAC) semalam telah melancarkan Ford Ranger Raptor secara rasmi bersempena acara KLIMS 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Harga rasmi bagi trak pikap berprestasi tinggi tersebut dijual pada harga bermula dari RM199,888 atas jalan tanpa insurans serta dua pilihan warna, iaitu Lightning Blue dan Conquer Grey.


Ford Ranger Raptor menggunakan enjin 2.0 liter bi-turbo diesel yang digandingkan dengan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan, dan turut menerima beberapa peralatan prestasi seperti penyerap hentak Position Sensitive Damping (PSD) depan dan belakang oleh FOX, dan Terrain Management System (TMS) yang menawarkan sehingga enam mod pemanduan, termasuklah Baja Mode. 

Tidak dilupakan, Ford Ranger Raptor menerima ciri keselamatan yang terkini seperti Driver-Assist Technologies yang boleh diakses menerusi satu sentuhan butang, yang dibangunkan khas untuk Ranger Raptor. 


Serentak dengan acara tersebut, Ford turut sama memperkenalkan model prestasi Ford Mustang baharu yang diberitakan bakal memasuki pasaran Malaysia pada tahun hadapan. 

Tempahan untuk kedua-dua model Ford Ranger Raptor dan Ford Mustang baharu sudah pun dibuka. 

Sempena dengan acara KLIMS 2018, Ford menawarkan beberapa promosi menarik kepada para pengunjung termasuklah: 

  • Bagi mereka yang menempah Ford Ranger baharu dan Mustang baharu akan mendapat peluang memenangi baucer tunai di dalam mesin terowong angin Bi-turbo.
  • Peraduan 'Beli Ford Ranger, Menang Ford Ranger Raptor'
  • 888 pelanggan pertama yang mendaftar Ford Ranger baharu akan menerima baucer barangan elektrik bernilai RM1,000
  • Setiap pembelian bagi mereka yang berjaya mendaftarkan Ranger baharu sebelum 31 Januari 2019 akan menerima servis penyelenggaraan percuma sehingga 2 tahun atau 40,000 km. 

Booth Ford boleh dilawat di Booth bernombor 1009 di Level 1, Hall 2 MITEC. 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Setiap kali pameran automotif diadakan di Malaysia, komen-komen sumbang seperti di bawah pasti akan…
Berita Domestik
Proton akhirnya membuat penampilan umum SUV pertama mereka, X70 yang diambil dari Geely Boyue.…