KLBS2023: CFMoto 800NK rasmi untuk pasaran Malaysia - Enjin 799 cc, 95 HP, 81 Nm, dari RM38,888

oleh Danial Yasin Suhaimi|
CFMoto Malaysia hari ini meluaskan lagi rangkaian siri naked nya melalui pelancaran CFMoto 800NK Advanced, yang kini menjadi model dengan sesaran paling besar dalam siri NK.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggunakan nadi yang diasaskan dari enjin KTM, 800NK dikuasakan oleh enjin dua silinder selari 799 cc DOHC yang mampu menghasilkan sehingga 95 HP dan 81 Nm.

 

2

 

Ia turut dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan bersama CF-SC slipper clutch yang membantu memberikan tunggangan lebih agresif.

Dari segi suspensi, 800NK dilengkapi fork USD jenama KYB di depan dan monoshock jenama KYB di belakang, di mana kedua-duanya boleh dilaras mengikut kesesuaian.

 

3

 

Membantu lagi kawalan tunggangan, ia turut dilengkapi cakera berkembar bersaiz 320 mm di depan dan cakera tunggal bersaiz 260 mm di belakang, dipadankan dengan angkup brek jenam J.Juan, lengkap bersama sistem ABS.

Saiz rim didatangkan dengan 17 inci, dibaluti tayar bersaiz 120/60 di depan dan 180/55 di belakang.

 

4

 

Antara ciri moden yang turut dihadirkan ialah sistem kunci pintar, yang membolehkan anda menghidupkan, mematikan enjin, membuka ruang simpanan dan tangki bahan bakar tanpa perlu mengeluarkan kunci dari poket.

Ia turut dilengkapi dengan meter TFT bersaiz 8 inci bersama ketahanan air IP67 dan ketersambungan telefon pintar, serta ciri Smart Control yang menampilkan 3 mod tunggangan.

 

5

 

Untuk pasaran Malaysia, CFMoto 800NK ditawarkan dengan dua warna menarik iaitu Zircon Black dan Nebula White, dengan harga bermula dari RM38,888 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

 

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Dengan pelancaran model 1250 TR-G ini, ia mampu memberikan saingan kepada model seperti BMW 1250 RT…