KL Bike Week 2019 meriah!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak seperti penganjuran sebelum ini, Kuala Lumpur Bike Week 2019 (KLBW 2019) - perhimpunan motosikal berkuasa tinggi - diadakan di kawasan berbumbung Bandar Malaysia, Jalan Lapangan Terbang Sungai Besi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia juga diumumkan sebagai acara akhir "The End of Chapter One" bertempat di tapak Bandar Malaysia yang merupakan lapangan terbang pertama di Malaysia dan lokasi ikonik bagi rakyat Malaysia sendiri. 

 


Acara KLBW 2019 telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof dalam suasana yang santai namun cukup meriah. 

Dalam ucapan beliau, Tourism Malaysia sangat menyokong pengajuran KLBW kerana perhimpunan sebegini membantu menjana ekonomi pelancongan negara. 
 


"Selain daripada MotoGP, perhimpunan motosikal merupakan antara penarik dalam 'two wheel tourism' kerana dapat menarik pelancong dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei, malah turut tidak ketinggalan Australia. 

Bersempena dengan ulang tahun yang ke-10 penganjuran, KLBW 2019 tidak hanya tertumpu pada acara motosikal, tetapi diselitkan dengan pameran kenderaan serta galeri lukisan dengan karya yang serba unik. 

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Menggunakan nadi yang diasaskan dari enjin KTM, 800NK dikuasakan oleh enjin dua silinder selari 799…