Melihatkan kepada model supercar tersebut yang kian menghampiri penghujung, kit badan GT-EVO ini bakal menjadi penawaran terakhir Liberty Walk untuk Aventador dengan unit penghasilan terhad kepada 20 unit sahaja untuk satu dunia.

Kit badan GT-EVO yang unik ini merangkumi bampar depan baharu, hud kustom, splitter hadapan serta sirip aerodinamik di bahagian sisi bumper.
Bahagian sisi pula menampilkan arka roda yang dilebarkan, penambahan skirt sisi, serta rocker panel kustom.

Untuk menampakkan ia sebuah supercar yang bersedia untuk dilancarkan ke bulan, Liberty Walk telah mengubahsuai sayap belakang supaya lebih lebar bertenggek di atas arca roda belakang, sirip ikan jerung, pelindung enjin kustom dan diffuser serba baharu.
Kit badan terakhir dari Liberty Walk ini boleh didapati bermula dari $94,600 (RM401 ribu) hingga $187,000 (RM792,880) tidak termasuk kos sebuah supercar Aventador.
Gila? Bagi mereka yang mahukan kelainan, ia mungkin satu pelaburan yang mampu memberikan kepuasan.