KIP sah keluar pasukan PETRONAS akhir musim ini

oleh Mohamad Hanif|
Selepas dua musim dengan PETRONAS Sprinta Racing, pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi akan meninggalkan pasukan pada akhir musim ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu kenyataan media, PETRONAS Sprinta Racing sudah menyokong Khairul Idham melalui dua musim yang sukar dan jelas bahawa keputusan berkenaan akan bermanfaat bagi kedua-dua pihak agar dapat memenuhi potensi masing-masing.

"Selepas musim yang sukar kerana kecederaan tangan, pasukan dan Khairul Idham memutuskan untuk bertanding di kelas Moto3 tahun ini, di mana dia pernah memperoleh dua kemenangan pada 2016," jelas kenyataan berkenaan hari ini.

Ujar PETRONAS Sprinta Racing, mereka akan terus bekerjasama bagi baki empat lagi perlumbaan musim ini, dengan sasaran mampu mendapatkan keputusan paling terbaik.

"PETRONAS Sprinta Racing mengucapkan selamat maju jaya untuk masa akan datang dan berterima kasih di atas komitmen penuh yang diberikan kepada pasukan," kata kenyataan berkenaan.

Sementara itu, prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali berkata, walaupun menyedari bakat dan potensi Khairul Idham, jelas bahawa mereka merasai sudah tidak dapat mencapai tujuan yang sama.

"Selepas dua tahun bersama kami tidak dapat mencapai tujuan bersama. Jelas, kecederaan memainkan peranan dalam prestasinya sejak dua musim yang lalu.

"Bagaimanapun, melihat ke masa depan, kami sama-sama bersetuju bahawa berada pada arah yang berbeza. Kami mendoakan yang terbaik dalam karier masa depannya," kata Razlan.

Khairul Idham yang terkenal dengan gelaran 'Super KIP' mengakui dua musim ini sangat sukar buatnya terutama dengan kecederaan tangan yang dihadapi.

"Tetapi saya menikmatinya dan menjadi sebahagian daripada PETRONAS Sprinta Racing. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua dalam pasukan, semua kru, dan rakan-rakan kerana menolong saya selama dua tahun, dalam masa baik dan buruk.

"Saya mendoakan kejayaan pasukan pada masa akan datang, kerana mereka adalah orang yang hebat. Sudah tentu, saya mahu terus berlumba jadi saya akan berusaha untuk mencari pilihan terbaik dalam karier perlumbaan saya.

"Saya akan berusaha yang terbaik untuk menunjukkan potensi saya lagi dan memberi penghargaan kepada semua peminat yang menyokong saya sejak awal. Terima kasih semua!," katanya.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

MotorGP
Laporan terbaharu daripada Motorsport turut menyebut bermula tahun hadapan, pasukan SRT hanya akan…
Sukan Bermotor
Perlumbaan pertama untuk siri CEV Moto3 itu menyaksikan persaingan sengit antara pelumba Indonesia…
MotorGP
Beliau menjelaskan 11 baki perlumbaan MotoGP Dunia musim ini menjadi penentu sama ada pelumba…