Damok raih tempat pertama di litar Catalunya

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok merampas tempat pertama dalam perlumbaan CEV Moto3 di litar Catalunya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perlumbaan pertama untuk siri CEV Moto3 itu menyaksikan persaingan sengit antara pelumba Indonesia, Mario Suryo Aji dan pelumba Daniel Holgado, David Munoz dan Daniel Munoz di barisan hadapan.

Sementara itu Damok setia mengekori di belakang dengan jentera Honda beliau untuk  mengambil peluang di atas sebarang kesilapan oleh pelumba-pelumba di hadapannya.

Peluang muncul bila berlaku insiden pelanggaran kecil antara Daniel Munoz dan Mario Aji yang membolehkan Damok terus melonjak ke hadapan dari petak lima ke tempat pertama sehingga tamat perlumbaan.

Tahiniah kepada Damok dan pasukan SIC Racing untuk kejayaan ini!


 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Syarifuddin atau lebih dikenali Damok melengkapkan perlumbaan dengan catatan masa keseluruhan…