Kilang Tesla di Eropah mula dibina tahun hadapan - ahli politik Jerman

oleh HEZERI SAMSURI|
Tesla diberitakan akan memulakan pembinaan kilang baharu mereka untuk Eropah pada suku pertama tahun 2020.

Menurut Joerg Steinbach, Menteri Ekonomi Negeri untuk Brandenburg, Tesla sudah menandatangani dokumen untuk menyatakan hasrat mereka secara rasmi bagi membina kilang di negeri itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Awal minggu lalu CEO Tesla, Elon Musk berkata kilang gigafactory Eropah mereka akan dibina berhampiran dengan lapangan terbang antarabangsa Berlin Brandenburg (yang juga bakal dibuka).

Pusat untuk kejuruteraan dan rekabentuk Tesla pula akan dibuka di dalam kawasan bandar.

Kilang Eropah itu akan menghasilkan bateri, tren kuasa dan juga kenderaan-kenderaan. Produk pertama yang dijangka akan dihasilkan di kilang baharu itu ialah crossover Tesla Model Y.

Model 3 juga bakal dihasilkan di kilang Berlin itu.

Fasa pertama produksi dijangka bermula pada awal 2021 dan akan menghasilkan antara 3,000 ke 3,500 peluang pekerjaan. Fasa seterusnya akan meningkatkan tawaran pekerjaan antara 7,000 hingga 8,000 peluang.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…