Kia Sorento 2024 - versi facelift, tapi muka depan baharu

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa bulan lepas, Kia telah pun memperlihatkan SUV Sorento 2024 versi facelift untuk pasaran Korea Selatan.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Kini, versi facelift yang sama telah pun mendarat di pasaran Amerika Syarikat bersempena dengan acara Los Angeles Auto Show 2023 yang berlangsung baru-baru ini.

Biarpun berstatus facelift, akan tetapi Kia Sorento 2024 telah diberikan rupa hadapan serba baharu seakan Kia EV9 mengikut falsafah Opposites United dan Bold For Nature.
 

Kia


Secara tidak langsung, Kia Sorento 2024 nyata lebih garang dengan unit lampu baharu, rekaan jeriji yang lebih lebar, diikuti dengan unit lampu belakang yang kini bersambung.

Susun atur papan pemuka juga sedikit berubah, di mana corong pendingin hawa yang berlapis pada model terdahulu telah diringkaskan, diikuti dengan panel skrin melengkung yang terdiri daripada paparan 12.3 inci berkembar, serta sistem infohibur yang menyokong kemaskini over-the-air.
 

KIA


Ciri lain termasuklah cermin padang belakang digital, kunci digital, serta naik taraf terhadap ciri keselamatan termasuklah Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan, Bantuan Pengekalan Lorong, Bantuan Mengikut Lorong dan Bantuan Pemanduan Lebuhraya 2.

Dari segi kuasa, Kia Sorento 2024 boleh didapati dengan pilihan enjin 2.5 liter NA (191 hp, 245 Nm), atau enjin 2.5 liter turbo (281 hp, 421 Nm) yang dipadankan dengan kotak gear auto 8-kelajuan atau DCT lapan kelajuan.
 

KIA


Kia juga bakal menawarkan varian Sorento Hybrid dan Sorento Plug-in Hybrid untuk kemaskini model tahun 2025, besar kemungkinan dengan penawaran trenkuasa yang sama seperti model terdahulu.

Selain daripada itu, Kia Sorento 2024 pasaran Amerika kini mendapat varian baharu X-Pro yang menawarkan pembeza kekunci tengah, rim bersaiz 17 inci, balutan tayar all-terrain BFGoodrich, trim X-Line dengan bampar unik, kemasan jeriji hitam berkilat, serta gandingan warna kabin Olive Brown/Sage.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kia Sorento 2023   Sejak dilancarkan pada 2020, Sorento generasi keempat telah terjual…