Kia Sorento 2024 diperkenal di Korea, imej depan baharu ala Picanto

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kia Sorento 2024 Korea
Kia Sorento 2024 Korea
Pada awal Julai lalu Kia memperkenalkan Picanto atau Morning dengan rupa baharu yang mengubah terus penampilan model yang berada di pasaran sejak 2017.

Kreativiti pereka Kia membuktikan model yang sudah beberapa tahun di pasaran boleh diberi nafas baharu.

Rupa-rupanya pereka Kia tidak berhenti setakat itu. Formula rupa depan tersebut turut diguna pada Sorento 2024 pasaran Korea yang baru sahaja diperkenalkan.

Formula itu diterapkan dengan baik pada sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz besar.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02
Kia Sorento 2023
Kia Sorento 2023

 

Sejak dilancarkan pada 2020, Sorento generasi keempat telah terjual melebihi 60,000 unit setiap tahun di Korea.

Angka itu meletakkannya di tempat pertama dalam segmen SUV saiz sederhana untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.

Rekaan Sorento 2024 dibuat mengikut falsafah Opposites United dan Bold for Nature yang merupakan satu daripada lima tema Opposites United.

Bahagian paling menyerlah ialah lampu depan seperti huruf T dengan lampu nyalaan siang (DRL) dan dipanggil signature star map lighting.

 

Kia Sorento 2024 Korea

 

Rekaan jeriji membawa corak tiga dimensi. Tukup enjin direka bagi menampakkan badan nampak lebih besar dan bampar dibuat senada dengan lampu depan.

Pada bahagian sisi, lampu depan dan belakang bersambung dengan garis bahu dan perincian panel badan dan rim baharu menyerlahkan imej yang sofistikated.

Bahagian belakang tidak agresif seperti depan namun kekal menarik dengan lampu dan bampar baharu.

Ada lima warna yang ditawarkan termasuk tiga pilihan baharu iaitu Interstellar Gray, Cityscape Green dan Volcanic Sand Brown. 

 

Kia Sorento 2022
Kia Sorento 2022

 

Reka bentuk dalaman Sorento 2024 menekankan imej lebar dan dibuat mengikut tema Borderless Wideness. 

Kia mengubah papan pemuka dan tiada lagi corong penyaman udara tengah seperti jet TIE fighter filem Star Wars.

Pengaruh jet TIE dipindah ke kanan dan kiri dan berbentuk seperti telinga. Skrin besar dengan paparan melengkung menyatukan gugusan meter 12.3 inci dan sistem maklumat hibur. 

Satu lagi ciri canggih ialah sistem pengesahan cap jari pada konsol tengah yang berfungsi untuk menghidupkan kereta, pembayaran ringkas dan melepaskan mod valet.

 

Kia Sorento 2020
Kia Sorento 2020

 

Berkenaan enjin, Kia belum mendedahkannya lagi dan sebagai rujukan Sorento pasaran Korea digerakkan enjin 2.2 diesel, 2.5 turbo petrol dan 1.6 turbo hibrid.

Kia memaklumkan harga Sorento petrol, diesel, 4WD hibrid akan dimaklumkan pada pertengahan Ogos dan 2WD hibrid menyusul selepas itu.

Di pasaran tempatan, Sorento dijual pada harga RM211,498 untuk varian 2.5L 2WD tujuh tempat duduk dan RM235,498 bagi varian 2.5L 2WD enam tempat duduk.

Varian paling premium 2.2L diesel AWD enam tempat duduk berharga RM255,228.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: KIA

 

Kia Sorento 2024
Kia Sorento 2024

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, versi facelift yang sama telah pun mendarat di pasaran Amerika Syarikat bersempena dengan…