Kia Sorento 2023 diperlihatkan, dari RM220k, dua pilihan enjin

oleh Mohamad Hanif|
Bermaz Auto Alliance menerusi anak syarikatnya Dinamikjaya Motors memperlihatkan SUV Kia Sorento untuk pasaran Malaysia.

Generasi baharu itu telah membuat kemunculan di peringkat global pada tahun 2020, dan untuk pasaran tempatan ia bakal ditawarkan dalam versi pemasangan tempatan (CKD).

Dari segi luaran, Kia Sorento 2023 membawakan bahasa rekaan Kia yang terkini, dengan unit lampu utama yang lebih tajam, rekaan muncung hidung harimau yang moden, sementara unit lampu belakang menegak dan terpisah itu pula mengingatkan kita kepada rekaan yang terdapat pada Hyundai Palisade.
 

Sorento


Kia Sorento 2023 membawakan ukuran dimensi sepanjang 4,810 mm, lebar 1,900 mm, tinggi 1,700 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,815 mm.

Dua pilihan enjin ditawarkan di sini, satu daripadanya merupakan enjin Smartstream berkapasiti 2.5 liter MPi yang mampu menjana kuasa 177 hp dan 232 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

Versi diesel turut disediakan, di mana ia menggunakan enjin 2.2 liter diesel turbo CRDi dengan output kuasa 199 hp dan 441 Nm.
 

sorento


Dalam masa terdekat,  Kia Sorento bakal ditawarkan dengan trenkuasa hibrid elektrik (HEV) dan juga plug-in hybrid (PHEV).

Masuk ke dalam ruang kabin, anda akan disambut dengan susun atur papan pemuka yang menerapkan bahasa rekaan 'Functional Emotions'.

Ia membawakan skrin infotainmen bersaiz 10.25 inci, skrin kluster instrumen 12.3 inci, sistem audio Bose, sementara varian rendah pula membawakan kluster meter analog beserta skrin MID tengah.
 

Sorento


Harga jualan anggaran Kia Sorento 2023 untuk pasaran Malaysia bermula dari RM220 ribu untuk versi standard, hingga RM255 ribu untuk versi premium.

Lebih banyak butiran lanjut berhubung spesifikasi Kia Sorento bakal didedahkan menjelang pelancaran rasmi yang bakal diberitahu kelak.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Generasi keempat Kia Sorento telah membuat kemunculan secara global pada tahun 2020 dan kini, SUV…
Pelancaran
Tempahan bagi model tersebut turut dibuka secara rasmi. Kia Carnival 2022 CKD merupakan model…
Berita Domestik
Kia Carnival versi CKD bakal dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat, di mana ia boleh…