Kia Carnival 2021 - Siap telefon video dari pemandu ke penumpang belakang!!!

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar automotif Korea Selatan, Kia akhirnya memperlihatkan secara terperinci spesifikasi yang ditawarkan oleh model 'Grand Utility Vehicle' terbaharu mereka, Kia Carnival 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kia Carnival generasi baharu ini dibangunkan berdasarkan platform saiz pertengahan (generasi ketiga) yang turut sama digunakan bagi model Hyundai Sonata dan Kia Optima, serta membawakan rekaan yang lebih segak bergaya berbanding generasi terdahulu.

Platform baharu ini memberikan penambahan dimensi sebanyak 40 mm di mana jarak antara roda bertambah sebanyak 30 mm, sekaligus meningkatkan lagi penawaran ruang kabin.

 


Jika anda mahu memaksimakan penggunaan ruang kargo, Kia Carnival menawarkan keluasan sehingga 2,905 liter apabila tempat duduk baris hadapan sahaja dikekalkan.

Dari segi konfigurasi tempat duduk, Kia Carnival akan ditawarkan dengan tiga sehingga empat baris tempat duduk yang mampu menempatkan tujuh, lapan, sehingga 11 orang pada satu-satu masa.

Untuk Kia Carnival spesifikasi tujuh tempat duduk, Kia menawarkan ciri kerusi yang boleh dibaringkan 'Premium Relaxation Seats' untuk penumpang baris kedua, serta menampilkan tempat perehat tangan dan kaki yang boleh dilaraskan.

 


Rekaan papan pemuka Kia Carnival 2021 ini menempatkan dua buah skrin digital, sebuah daripadanya bersaiz 12.3 inci untuk kegunaan pemandu, manakala skrin 12.3 inci pula menawarkan operasi infotainmen yang turut menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Antara ciri moden yang dimuatkan termasuklah 'Rear Passenger View & Talk', ciri di mana pemandu dan penumpang hadapan boleh berkomunikasi penumpang baris belakang menggunakan perantara kamera yang dihubungkan dengan sistem infotainmen itu tadi.

Selain daripada itu, terdapat ciri butang pintar yang boleh mengawal pintu gelongsor sisi serta pintu tailgate dengan hanya satu sentuhan sahaja.

 


Menurut Kia, model Carnival baharu ini masih lagi mengekalkan karakteristik pemanduan yang sama seperti generasi terdahulu yang mengutamakan keselesaan, namun aspek seperti NVH telah pun ditambah baik untuk lebih keselesaan.

Dari segi penawaran kuasa, Kia Carnival akan ditawarkan dalam beberapa opsyen enjin, termasuklah enjin diesel 2.2 liter Smartstream (199 hp/440 Nm), enjin petrol 3.5 liter MPi (268 hp/332 Nm), serta nadi V6 3.5 liter (290 hp/355 Nm).

Kesemua nadi itu tadi dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

 


Jualan Kia Carnival akan bermula di Korea pada suku ketiga tahun ini, manakala pasaran global pula bakal menyusul pada tahun hadapan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Imej lakaran tersebut memberikan gambaran secara kasar di mana Kia Carnival kini lebih bersifat…