Adakah ini rupa sebenar Kia Carnival 2021?

oleh Mohamad Hanif|
Minggu lalu, Kia telah menerbitkan sekeping gambar teaser yang memperlihatkan rupa paras minivan Kia Sedona (Kia Carnival) generasi baharu yang dijadualkan pelancarannya pada suku ketiga tahun ini.
Modenas

Imej lakaran tersebut memberikan gambaran secara kasar di mana Kia Carnival kini lebih bersifat seakan sebuah SUV, atau lebih tepat lagi Grand utility vehicle seperti yang diklasifikasikan oleh Kia.

 


Kebiasaannya, imej sebegini tidak menampakkan butiran jelas, namun anda kini boleh mengagak dan melihat 'bentuk sebenar' Kia Carnival berdasarkan siri imej rendering yang diterbitkan menerusi saluran Youtube AtchaCar.

Dari segi luaran, terutama di bahagian hadapan, Kia Carnival bakal membawakan elemen-elemen yang agresif, dimulakan dengan penampilan gril hidung harimau yang lebih besar, serta ciri lampu nyalaan siang LED yang tajam dan ternyata sangat agresif untuk sebuah minivan.

Malah, ciri lampu belakang juga turut mengambil inspirasi daripada lampu SUV Kia Seltos.

 


Menurut sumber, Kia Carnival hadir dari platform generasi ketiga yang sama digunakan pada model Hyundai Sonata dan Kia Optima, manakala enjin asal bentangan V6 3.5 liter akan digantikan dengan peranan enjin empat silinder sebaris 2.5 liter turbo (281 PS), enjin 1.6 liter turbo (230 PS) atau enjin diesel turbo 2.2 liter yang menghasilkan 202 PS.

Dimensi Kia Carnival 2021 juga bertambah besar berbanding generasi terdahulu, dimana ia diberitakan bakal memiliki dimensi 5,155 mm panjang, 1,995 mm lebar, 1,740 mm tinggi dan jarak antara roda sepanjang 3,090 mm.

Pelancaran rasmi Kia Carnival 2021 akan berlangsung di Korea pada suku ketiga tahun ini.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam satu mesej yang diterbitkan oleh Mazda, mereka menyebut "tanpa enjin rotary, mungkin tiada…
Informasi
  Prototaip kereta keluaran Playboy Motor Car Corp siap pada febuari 1947 dan dipamerkan di Hotel…