Ketua Polis Selangor - Kadar kemalangan meningkat 10.3 peratus

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kadar kemalangan jalan raya di Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak 10.39 peratus sepanjang tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, statistik terkini pihaknya mendapati sebanyak 113,708 kes kemalangan direkodkan bermula Januari lalu dan jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 10,704 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

“Peningkatan turut melibatkan kemalangan maut iaitu sebanyak 709 kes direkodkan di seluruh negeri ini. Ia meningkat sebanyak 51 kes berbanding 658 kes pada tahun lalu.

“Terdapat tiga kes kemalangan melibatkan pegawai dan anggota polis masing-masing bagi kes kematian, cedera parah dan cedera ringan,” katanya di Shah Alam pada Jumaat.

Justeru, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya memandu secara berkhemah dengan mengutamakan keselamatan diri dan mematuhi peraturan ditetapkan.

“Polis telah melaksanakan kempen keselamatan jalan raya supaya orang awam sedar akan kepentingan untuk menjaga keselamatan diri sendiri, keluarga dan orang lain.

“Kesedaran ini yang mampu mengurangkan kemalangan dan keberhasilan impak kempen-kempen yang dijalankan semua pihak,” ujarnya. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kereta Toyota Vios dipandu rakan mangsa itu dipercayai mengelak sebuah kereta yang tidak dikenal…
Berita Global
Menurut BBC pada bulan Mac lepas, mereka telah memutuskan untuk menghentikan produksi rancangan…
Berita Domestik
Katanya, menurut siasatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak…