Ketua Polis Negara - Jangan hanya melambai tangan sahaja di SJR

oleh SALINA JALIL|
Semua pegawai dan anggota polis yang ditugaskan dalam sekatan jalan raya (SJR) pergerakan rentas negeri di seluruh negara diarahkan melakukan pemeriksaan secara lebih serius dan bukan hanya sekadar melambai tangan.


Ia susulan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima aduan petugas di SJR mengambil ringan tanggungjawab mereka ketika melakukan pemeriksaan dalam mengawasi pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata beliau sudah memberikan amaran kepada semua Ketua Polis Negeri untuk memastikan setiap pegawai dan anggota yang ditugaskan dalam SJR melakukan pemeriksaan dengan lebih serius.

 

"Bukit Aman akan mengambil tindakan terhadap mana-mana Ketua Polis Negeri yang didapati gagal mengawal pegawai dan anggota di SJR apabila tidak melakukan pemeriksaan dan membiarkan setiap kenderaan bergerak begitu saja.

 

"Arahan sudah dikeluarkan, termasuk di negeri Sabah dan Sarawak supaya mengetatkan kawalan di setiap SJR pada tahap maksimum dengan melakukan pemeriksaan kenderaan dengan lebih tegas bagi mengelak sebarang percubaan rentas negeri, termasuk lorong tikus oleh orang ramai," katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

 

 

 

Abdul Hamid berkata, berdasarkan pemerhatiannya terdapat segelintir anggota di lapangan duduk di khemah rehat dalam SJR sehingga membiarkan kenderaan lalu begitu saja dengan melambai tangan tanpa mengambil serius keadaan semasa.

 

Katanya, beliau tidak segan dan malu mendedahkan kelemahan itu walaupun sangat menghargai khidmat gigih sebahagian besar petugas PDRM di lapangan dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

 

"Apa yang saya kesalkan ada segelintir anggota mengambil ringan tanggungjawab mereka di lapangan.

 

"Waktu rehat untuk menunaikan solat diizinkan secara bergilir, manakala sebahagian petugas SJR dalam jumlah 10 orang yang bertugas boleh berehat, manakala selebihnya mengawasi pemeriksaan.

 

"Apabila waktu puncak dan sesak, semua perlu turun berkawal supaya dapat mempercepatkan proses pemeriksaan dan kawalan trafik bagi mengelak kesesakan jalan raya," katanya.

 

Beliau berkata, jika bukan pada waktu puncak tiga anggota boleh melakukan kawalan, manakala tiga lagi boleh berehat sebentar.

 

"Tetapi bukanlah sampai goyang kaki dan lambai tangan setiap masa.

 

"Saya tidak mahu PDRM dipersalahkan dan tidak sanggup melihat wujud kluster rentas negeri seperti sebelum ini. Saya memperoleh maklumat di Sabah dan Sarawak sangat longgar (SJR) dan tindakan segera perlu diambil untuk memperketatkan tahap kawalan," katanya.

 

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Memang tindakan (u-turn lawan arus) itu tidak sepatutnya berlaku tetapi buat masa ini, kita faham…
Berita Domestik
  Tan Sri Abdul Hamid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersetuju dengan usaha kerajaan…
Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, hanya beberapa pengecualian akan…