Ketua Polis Negara: 800 pemandu mabuk sudah ditahan

oleh SALINA JALIL|
Lebih 800 pemandu mabuk ditahan di seluruh negara bagi tempoh lima bulan pertama sejak Januari lalu.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, sebanyak 10 kes telah dituduh di mahkamah sementara yang lain akan menyusul selepas kertas siasatan dilengkapkan.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Tan Sri Abdul Hamid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersetuju dengan usaha kerajaan memperbaiki undang-undang sedia ada bagi memastikan hukuman lebih berat mandatori dikenakan ke atas pesalah.

 

"Polis bersetuju jika undang-undang hukuman lebih berat bagi mengelakkan lebih banyak kes membabitkan alkohol," katanya kepada Sinar Harian semalam.

 

Pada 30 Mei lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

 

Tan Sri Abdul Hamid sebelum ini juga telah menyatakan ketegasannya menuntut hukuman maksimum terhadap pemandu mabuk apabila seorang anggota polis maut ketika bertugas di sekatan jalan raya sempena Operasi Covid-19 di di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya LEKAS, Kajang pada 3 Mei lalu.

 

Dalam insiden berkenaan, Allahyarham Sarjan Safwan Muhammad Ismail, 31, meninggal dunia akibat dirempuh pemandu mabuk dalam kejadian kira-kira jam 2.10 pagi.

 

 

 

sumber: PDRM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Memang tindakan (u-turn lawan arus) itu tidak sepatutnya berlaku tetapi buat masa ini, kita faham…
Berita Domestik
  Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata beliau sudah memberikan amaran kepada…
Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, hanya beberapa pengecualian akan…