Ketua Polis KL - Tiada rancangan tutup jalan untuk elak perhimpunan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Polis Kuala Lumpur tidak merancang untuk melakukan penutupan jalan susulan penganjuran Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, pada Sabtu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata langkah melakukan penutupan jalan akan menyebabkan lalu lintas terganggu.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

"Kita tidak akan melakukan penutupan jalan sama ada malam ini atau esok kerana akan menyusahkan orang ramai untuk melakukan aktiviti harian mereka seperti beriadah, membeli belah dan bersiar-siar.

"Bagaimanapun Polis Kontinjen Kuala Lumpur berada dalam keadaan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan terutama membabitkan kawalan keanggotaan polis trafik dalam melancarkan pergerakan lalu lintas.

"Kami juga telah bersiap sedia dalam penyediaan kekuatan yang mencukupi dalam mengawasi perhimpunan yang bakal berlangsung Sabtu" katanya kepada BH, pada Jumaat.

Allaudeen berkata, pihaknya juga sudah bersedia sekiranya penganjuran perhimpunan itu merancang untuk mengadakan perarakan dari Masjid Jamek Kampung Baru ke mana-mana lokasi di sekitar ibu negara.

"Kita akan putuskan semasa perhimpunan berlangsung, sama ada melakukan penutupan atau sekatan jalan raya sekiranya terdapat perarakan oleh penganjur perhimpunan.

"Saranan saya eloklah orang awam tidak menyertai himpunan ini kerana ia akan menyebabkan pergerakan harian terganggu," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak dapat menganggarkan jumlah kehadiran sempena perhimpunan ini disebabkan kegagalan penganjur melengkapkan notis pemakluman, namun berdasarkan risikan awal pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat kehadiran kumpulan atau individu dari luar Lembah Klang.

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur akan melakukan pemantauan dan mengawasi sebarang perkara yang menyalahi undang-undang.

"Tindakan akan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan dan pihak polis tidak akan sekali-kali berkompromi terhadap sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan," katanya.

Berita Berkenaan

Informasi
"Kita telah bermula (proses pembaikan cerun) pada 28 Mei dan ia dijangka siap 29 Mac 2024. Selepas…
Informasi
"Penutupan melibatkan Jalan Persekutuan yang bermula dari simpang Balai Polis Karak sehingga…
Informasi
"Jalan yang akan ditutup adalah Jalan Kulim iaitu dari hadapan stesen minyak Caltex menuju ke…