Kes kematian Autopilot - pemandu didapati leka bermain 'game' sewaktu insiden

oleh Mohamad Hanif|
Pengerusi National Transportation Safety Board, Robert Sumwalt baru-baru ini mengkritik keras Tesla kerana sikap lepas tangan terhadap kes kemalangan melibatkan Autopilot di California pada tahun 2018.

Menurut Robert Sumwalt, "tidak seperti lima pengeluar automotif yang lain, Tesla nampaknya tidak menghiraukan cadangan yang dikemukakan oleh NTSB pada tahun 2017. 

"Kami masih lagi menunggu tindakan selanjutnya daripada Tesla semenjak 881 hari kami menghantar cadangan tersebut," ujar Sumwalt dalam sesi pendengaran yang menentukan punca kemalangan tersebut. 

Setakat ini, sistem bantuan pemanduan Autopilot sudah pun menyebabkan sekurang-kurangnya tiga kematian semenjak 2016. 

Merujuk kepada kes kematian Walter Huang, seorang jurutera perisian Apple yang dilaporkan memandu Tesla Model X di California di dalam mod Autopilot sebelum terbabas menghentam penghadang keselamatan pada kelajuan 113 km/j. 

"Kamu tidak boleh tidur, baca buku, menonton video atau rancangan TV, atau menghantar teks, atau bermain permainan video. Namun itu yang kami temukan pada kes Walter Huang," jelas Sumwalt. 
 

gambar hiasan

Menurut laporan NTSB, Huang didapati menggunakan iPhone-nya ketika memandu dan log data menunjukkan sebuah permainan video masih aktif saat pelanggaran tersebut berlaku. 

Hasil siasatan turut mendapati Huang tidak menunjukkan tanda-tanda kepenatan, atau berada di bawah pengaruh sesuatu ketika kejadian. 

NTSB turut melahirkan kekesalan dengan kegagalan penguatkuasa Amerika Syarikat untuk mengambil pendekatan yang agresif terhadap sistem bantuan pemanduan yang dicanangkan oleh pengeluar automotif.

Apa yang boleh dirumuskan, ciri pemanduan semi-autonomi boleh menjadikan pemandu 'berpuas hati' terhadap apa yang ditawarkan, dan penggunaan peranti pintar boleh memanipulasi fikiran pemandu. 

Sementara itu, Tesla nampaknya tidak memberikan sebarang respon terhadap isu yang ditimbulkan oleh NTSB. 

Sumber: Autoblog

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kemalangan tersebut berlaku berhampiran dengan stesen keretapi Rohri di wilayah Sindh pada hari…
Berita Domestik
  Beliau berkata Kabinet secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT…
Berita Domestik
Menurut Dr. Makio Miyagawa, bekas Duta Jepun ke Malaysia berkata, "saya berasa amat bimbang dengan…